Thursday, May 31, 2012

Rainbow Cake & Me


Sebenarnya, aku penah membuat rainbow cake nih based on resepi from internet. But, unfortunately tak menjadi. Puncanya : aku beat lama sangat dan kedua aku salah pakai jenis whipping cream. Woohohohohoho. Takpa, belajar dari kesilapan.


So, selepas lama mendaftar dengan Kolej Komuniti Kuala Langat, akhirnya pada 22 Mei 2012, aku mendapat panggilan untuk pengesahan kehadiran. Ehm, memula ingat dapat di Shah Alam tapi takpelah sebab nak belajar punya pasal kan?

Memula ingat nak drive sendiri sahaja walaupun aku tak pernah ke Banting. Tapi macam biasalah En Syawal mesti nak menghantar juga walaupun dekat. Hehehehe. Dah pesan awal² pada En Syawal yang kolej ini terletak di Kuala Langat. Diulangi Kuala Langat. Aku siap mentioned lagi dekat dengan Banting. Dia angguk jer.

Pada hari Ahad lepas (27 Mei 2012), bermulalah episod sesat dan hendak mencuba jalan baru. Ceh! Orang dah bagitau awal² dah, Kuala Langat bukan Hulu Langat. Haaaa amik ko.....Kelas start kul 9 pagi, memang tepat² aku sampai di depan pintu kelas. Jauh betul perjalanan. Sambil² tu mulanya kena bebel. Resepi kat internat kan ada banyak? Takyah la nak pi kelas..Jauh...Bla..Bla..Bla...

Bagi aku senang je jawapannya. Memang betul tapi TEKNIK tuh aku nak belajar dan korek rahsia/petua dari orang yang banyak pengalaman ni. Yea dak?



Kena tepek dulu pix aku ngan Cikgu Ita ni. Sangat informatif dan paling penting sangat tidak kedekut ilmu. Tak sia² aku mai dari jauh!

Kelas dimulakan dengan teori dan diikuti oleh praktikal daripada Cikgu Ita. Masa tuh apalagi salin la apa patut. Then dari situ aku boleh figure out...Owh no wonder la....Masa tu mulalah teringat petua ibu aku. Aku jer yang malas nak ikut. Hehehehe..So, pasni kene ikut balik la ajaran ibuku. Hehehehe...

kolej komuniti kuala langat
 Group akak² veteran. Memang cepat siap dan smooth aje. Masing² dah banyak pengalaman.

 Gambar senget ni aku tak tahu macam mana nak betulkan dalam blog ni. Masa ini Cikgu Ita beri penerangan secara teori. Aku apalagi, sambil mencatat sambil amik gambar. Hehhehe.

 Ini antara ahli kumpulan aku. Sangat unik sebab 1Malaysia...Hahahahaha..Group kitaorg sahaja tau!

 Tengah sibuk mengadun mengikut warna. Sayangnya warna merah sudah habis dikebas oleh akak² sebelah sana nun. Ala, lagipun warna merah tak banyak. So, kami gunalah apa yang ada. Janji ada warna!

 Well, me and Uma. pix tak ready ni. Tapi takpe.....

rainbow cake
 See?? Kek setelah dikeluarkan daripada oven. Very nice colors! Tengah menunggu untuk disejukkan.


 Me nak try pula la....Quite mencabar sebab yelah aku bukannya sokmo menepek aising kek nih selalu. Boleh tengok tangan Ara (one of our team). Perfect dia buat sebab dia memang otai buat kek. Orang otai pun mai belajar juga. Apatah lagi aku yang zero knowledge...

rainbow cake
 Bergambar curi dengan potongan rainbow kek yang Cikgu Ita buat.heheheheheheheheh

rainbow cake
Gambar di bawah adalah kek yang telah dihias oleh Cikgu Ita sebelum dipotong seperti gambar di sebelah atas. Yummy.....!!!!!!

Next post; aku post resepi nya pulak yea.........





Thursday, May 24, 2012

Pameran Raja Kita

Ahad lepas (20 Mei 2012) tertunai juga hajat suamiku untuk membawa kami sekeluarga ke Istana Negara. Plan selalu tertangguh dek kekangan kerja kami yang kadang-kadang tidak menentu.Selepas lunch rojak di Bellamy, kami pun ke Istana Negara. Agak banyak kereta dan kami bernasib baik mendapat parking di hadapan dan berhampiran Istana Negara.


Untuk pengetahuan semua, pameran Raja Kita ini bersempena dengan pertabalan agong Sultan Kedah. Tempoh pameran bermula pada 16 April sehingga 15 Jun 2012. So, sesiapa yang teringin nak tengok dalaman di dalam Istana Negara Lama, bolehlah berkunjung ke sini.Selepas 15 Jun 2012, Istana Negara akan ditutup untuk orang ramai. So, grab the opportunity!


raja kita, bellamy

istana negara
di pintu pagar hadapan




Sebelum masuk kita perlu mendaftar dahulu. Ada kaunter pendaftaran ketika memula masuk. Sesampai di pintu pameran, jangan lupa membuka sepatu. Nanti kotor permaidani.....Untuk peminat tegar fotografi, bayaran dikenakan mengikut jenis gajet yang anda bawa.

Jom kita cuci mata!


cun
 Well, inilah pix kontervesi yang mengatakan aku looks kurus.....Wakakakakaka....Sukati erkkkk..Siapa nampak aku kurus, kurusla gamaknya .....Kalau tidak, tidaklah gamaknya.... Iye dak?

Ini adalah antara beberapa  pix yang aku ambil yang tidak sebeberapa ni.

chandelier

Lawa tak chandelier ini? Mesti mahal kan? Letak kat rumah lawa nih.....Berangan!




Tiara dan rantai permaisuri.....Wah, mesti berat nak pakai kan? Cantik kan? Walaupun bukan taste aku..Wakakaka...
 
keris
 Keris panjang..Penat aku tengok...Macam pedang samurai jer..heheehehe. Ke keris panjang tuh di atas bantal tuh? Iskkkk..tenung lama-lama pun takleh nak paham....

cokmar

 Cokmar....Mesti berat nak angkat ni. Agak besar jugakla......




mesti ada gambo senget...camner nak setting nih



 Pemandangan atas di ruang pameran istana.Ruang pameran agak kepanasan. Aircon buka perlahan kut...Ke sebab ramai pengunjung?


 Cap Mohor Diraja....OOOooooOOOOO begini rupanya....Agak besar juga...


another senget pix..asiiskkkk
 Well, pix di wallpaper/dinding istana ini sangat gojes...I Loike it!!!!! Orang memang tak pandang pun dinding nih. Tapi bila ambil pix berlatarbelakangkan wallpaper ini memang superb! Bagi aku la...






Sayaaaang mama!

Ok geng, jangan lupa datang beramai-ramai. Cuti sekolah pun hampir tiba. Silalah berkunjung sementara masih ada peluang. Bila lagi orang kebanyakan macam kita dapat masuk nak tengok rupa istana ni, kan?

 

Wednesday, May 23, 2012

~Happy Belated Camelia!~

Entry post yang memang agak lama nak post. Alasan biasa adalah sangat dan sangat sibuk. Masalah kesihatan dan masalah kerja yang makin menimbun dan menyebabkan rasa stress. Tapi takpe, as promised to Ida and Rina, I will blogging and jangan sengan-sengan kalau nak ambil pictures daripada hasil tangan kerja amatur ini. First, dapat sms daripada Ida ingin menjemput kami sekeluarga ke parti harijadi anaknya, Camelia. Nak pendekkan cerita, Syasya dah demam panas sejak hari Khamis. Masa tuh kami onn off hendak datang atau tidak tapi Syasya kata dia dah ok and nak ke majlis tuh, we all pun decide pi juga la.



camelia
Birthday girl!
Majlis start pada pukul 4 petang. Cuaca agak redup walaupun pada mulanya nampak macam hendak hujan. Cumanya tiada angin sepoi-sepoi bahasa. Panas weh.....

taman putrajaya perdana
ballon girl dah sampai!

 Bertempat di Taman Putra Perdana. Kena dapatkan permit dahulu yea....


 Masa ni Syasya memang langsung tak join apa-apa aktiviti sebab rupanya panas badan sudah kembali. Sara pula faham bila kita kata badan kakaknya panas, dikipas pula....Aduhai Sara....hehehehehe


ballon flower

 See...Comel tak bunga cute nih? Dah la comel, cute..Padahal perkara sama...heheheehhee..


Sara ni macam-macam request dia minta kat ballon girl tuh. Rasanya more than 5 ballons dia request.


 Inilah ballon girl. Nasib tak berpakaian macam badut kan? Tapi ada juga budak yang takut badut. mungkin sebab mekap kut.....
lolipop

Nak lolipop! yum.....Yummmmmmm. Rasanya budak-budak sangat enjoy dengan requested ballons nih.


See......It's Sara again.....Kali nih dia minta belon pedang pula....


secret recipe cake

Eh, tangan siapa agaknya tuh yea? Kan Rina kan?



 Ballon cake! Sangat comel with teddy and lilin sebatang. Erkkkk, teddy dah hilang....hehehehehe



Nak bergambar juga si Rina nih. Anyway, you're cute takpe. Kalo macam i nih...hehehehehe...


Another request from Sara. Dia nak letak kat kepala pula dah. Good idea Sara!


birthday party

Sebelum pemotongan kek bermula......Yum...yum..Kek from Secret Recipe.

love ballon


 Well, ini yang aku dapat berikan untuk birthday girl. Hope Camelia sangat suka akan bantal ini yea......


Saja tulis nama Camelia. So totally Camelia punya. heheheheheeh


Anyway, thanks adik for inviting kami sekeluarga. Maaf Rina can't make it for your daughter's party for next day. Urgent to ED sebab Syasya demam panas....Anyway, thanks again!