Travelog : Cameron Highlands ~ Part 1~

By kin - April 13, 2012

Plan nak ke Cameron Highlands sudah dirancang. Pada 5 Feb 2012 lepas kami sekeluarga bertolak dari Sungai Besi menuju ke Cameron Highlands. Plan asal nak ikut ke susur Simpang Pulai, tapi dari arah Kuala Lumpur macam agak jauh nak menuju, kami mengambil keputusan masuk saja dari Tapah.

Bermulah episod pening dan pening. Hehehehehehe. Last aku pergi ke Cameron Highlands adalah ketika 40 hari berpantang si Syasya nih untuk membawa mertua aku ke sana. Kiranya ini adalah kali ke 7 aku berkunjung ke Cameron Highlands nih.

Sesampai di Lata Iskandar, kami berhenti seketika. Anak-anakku dah merengek nak mandi. What??? Sejuk woooo....Memang dalam beg aku ada membawa baju renang tapi itu plan untuk ke laut keesokan harinya. Selepas  air terjun Lata Iskandar, kami pun sampai ke ladang teh Boh di Ringlet.


lata iskandar



BOH Tea Plantation


First place tempat yang kami tuju adalah BOH Tea Plantation. Ingatkan dekat dari jalan utama tapi agak jauh juga dan jalan adalah macam ular kena palu. Tiap kali membelok, kene bunyi hon sehinggakan En Hubby bermain dengan bunyi hon. Hohohoho.

Jalan masuk ke ladang Boh ini terletak di sebelah kanan hala ke Tanah Rata. Boleh nampak signboard besar di tepi jalan....Buat makluman semua ladang teh ini akan kelihatan setelah anda melalui kebun-kebun sayur yang terletak pada permulaan jalan masuk ke sini.

BOH Tea Plantation
baru sampai!
Ketika sampai di sini, barulah aku boleh ingat balik....OOOwhhh this place! Pernah ke kawasan pendalaman sejauh 2 jam perjalanan dari sini dengan menaiki trak tentera menuju ke perkampungan orang asli pada tahun 1997 bersama rombongan students UIA yang dipantau oleh ibuku.

Memula ingat tempat nih kene bayau. Tapi takde orang jaga masuk ajelah kan? Rupanya dah free entrance.Owh....Singgah sekejap di kilang pemprosessan teh. Memang sedap baunya. Harum baunya!



cameron highlands
on the way to the top!

Aku, Syasya dan Sara decided nak naik sampai puncak. Ala, naik tangga jer. Tapi agak semput bagi orang macam aku...Hahahahah..Kurang stamina. As usual, my doters dah sampai atas...Perghhh....Pemandangan yang sungguh indah, damai dan nyaman - terbentang luas saujana mata memandang. Chewah!


BOH Tea Plantation
angin sejuk...agak kencang pada hari itu...




ladang teh
I do really luv so much this pix!
Ehmm....where was my hubby and Hamizan? Hahahaha..Depa malas nak naik ke atas; alasan hubby ku...Hamizan nih berat nak dukung...Yelah....



Setakat kat bawah jer... :P

see......tinggi tuh menapak!

Selepas penat lelah menaiki ke puncak ladang teh, kami singgah pekena teh di Tea Shop. 

Sementara nak tunggu en Hubby beratur beli minuman
 Nikmati teh sambil tengok pemadangan di sini memang mengasyikan. Sedap mata memandang kehijauan pokok teh ini.

Ok, sebelum berangkat to another place, kita ambil gambar dahulu. Peace Hamizan! >_<


  • Share:

You Might Also Like

0 comments