Sakit Tengkuk

By kin - April 07, 2012

Aduh! Ini sudah masuk minggu ke 3 aku sakit tengkuk. Nak pusing kiri takleh, pusing kanan pun sama, tunduk pun sakit,dongak pun sakit. TEGAK ajelah yea....

Rasa nak menangis bila nak bawa kereta. Waaaa...

Kritikal sakitnya pada minggu inilah (minggu ke3). Biasanya kalau aku salah bantal, paling koman orang kata...sehari dua sahaja. Pastu ok dah. Macam-macam petua aku cuba. Antaranya adalah tepuk bantal. Ehmm....

Paling sakit bila nak baring untuk tidur. Ehmm..Takkan takmo tidur kut? Dan apabila bangun dari tidur. Betul-betul sakit. Sudahnya aku serender jugalah berjumpa doktor. Aku dapat ubat Dicloran Gel iaitu sejenis ubat sapu anti-inflammatory & analgelisic gel. Bila pakai, tak rasa apa-apa pun. Sebelum ini, pakai Yoko-yoko. Harap jer panas. Itupun terbit 2-3 jam selepas sapu.Huhuhuhuhu

Kalau pakai bantal panas, memang rasa lega. Selepas tuh, mak aiiihhh sakit balik.

Rasanya , esok harus berjumpa lagi dengan doktor. Sebab doktor sebelum ini ada berpesan; "kalau puan sakit lagi, kita refer pada pakar ortopedik.."

erkkk..Apa-apa ajelah. Janji bukan sakit kronik dan sakit ini beransur hilang.


Sedikit info:


Punca:

  • Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
  • Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
  • Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
  • Berdiri terlalu lama.
  • Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
  • Duduk membongkok di kerusi.
  • Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
  • Memakai kasut bertumit tinggi. (tak pakai bertumit pun)
INFO: Petua elak sakit belakang
  • Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
  • Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  • Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  • Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  • Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.


Cara rawatan di rumah:
  • Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.
  • Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.
  • Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.
  • Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.
  • Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.
Sumber : Berita  Harian 

    Bila dah jumpa doc, doc bagi ubat Celecoxib 200mg....Then aku kompius plak sebab aku ada ubat Mefenamic Acid 250mg. Erkk...nak makan mana satu nih?  Fungsi agak sama cumanya Mefenamic Acid lebih untuk menghentikan pendarahan and it was lower dose than Celecoxib.

    Nasib ada kawan ahli farmasi.huhuhuhuhu...Oklah, aku telan Mefenamic Acid dulu. >_<

    • Share:

    You Might Also Like

    4 comments

    1. kut akulah kalau kena sakit leheaq, aku cuba selesakan diri dengan pancuran air dalam bilik air disekeliling leher dan belakang... 15 minit tumpukan kepada bahagian ini sahaja...

      boleh cubalah kot, lega lega sikit.

      ReplyDelete
    2. owh..ada buat jugak..tak berkesan..bantal panas pun sama...rasanya sbb bz 2 minggu lepas edit video...dekat 7 video aku rakam dan edit....puncanya tuhla..nasib pakar tuh kata takde apa2..siap kene bebel, org IT mmg gitu...huhuhuhuhu

      dah telan ubt, sakit kurang, terus aku wat senaman..now dah ok, syukur alhamdulillah..... :)

      ReplyDelete
    3. salam. kak sy pun kena mcm tu, mcm sebijik je... ... akhirnya berapa minggu akak kena?.... apa petua2nya, bersenam kah?

      ReplyDelete
      Replies
      1. yea, senam tengkuk baru ok..paling naya kalau krem kat tengkuk

        Delete