Tuesday, April 3, 2012

AC97 - Our First Reunion!

"Wah....Lama betul tak jumpa! "

"Eh...lain nau muka ko!"

"Ehmm..Siapa nih erkkk? Muka macam kenal....hehehe"

"Masa kita kat UTM dulu, tak penah kita bercakap/tegur sapa kan?"


Antara ayat-ayat biasa yang kita dengar apabila lama tak berjumpa......Perkataan yang diboldkan itu adalah ayat aku..huhuhuh..Serius tak ingat..Bab-bab nama memang aku failed!

Memula aku tak plan nak join pun reunion ni sebab memikirkan tarikh yang clash dengan operation suamiku dan anakku; Sara. So far, alhamdulillah, tak clash dan boleh proceed. Dan kebetulan plak aku adalah salah seorang ahli comittee AC97. (siapa la yang lantik aku nih?) hohohohoho Thanks Qma!

Persiapan amat mendebarkan dan mengujakan. Menantikan respon dari para ex student. Antara yang alasan glamer adalah, kalau si polan tak pi, aku pun tak pi. Masalahnya, geng-geng aku pun tak nampak bayangan tapi aku redah jugak.

Tak dinafikankan kebanyakan yang hadir  adalah terdiri daripada Kolej 6. Me Kolej 2. Tapi tidak mengapalah. Sebab salah satu objektif ini pun adalah untuk mengeratkan tali silaturrahim yang hampir terputus. Yang jauh didekatkan, dan yang dekat dieratkan.Hahahahha. Apa punyer quote la Kin oiii.....

Well, tulis panjang2 pun tak guna. Mari cuci mata!

AC97 
wohhahaha..masuk Kosmo!




Bagi ahli comittee, dinasihatkan datang awal....Tengoklah betapa pulun mereka bekerja..Aceehhhhh.....

 
prepation for ballons and banner




preparation for guest goodies



pam belon ke borak bro?

orang kuat!

cepat..cepat...masa dah suntuk!
Majlis dimulakan lebih kurang jam 2 petang.  Pasangan mc kita adalah si Kedah dan si Aida. Actually Kedah adalah pak bidan terjun menggantikan En Mas yang tidak dapat hadir di saat-saat akhir atas sebab masalah kesihatan keluarganya. Mr Kedah, ko memang lawak! Reunion akan datang boleh jadi mc lagi yea.....


pasangan emcee kita! good job guys....

wah sedapnya kek!
Menu adalah masakan arab. Aku baru nak makan second round, sudah abis maaaaaaaaa... Waaaaa sedap sangat ke atau kebulur nih? Ke aku yang nak amik lambat? Anyway, kek ini 3 kali aku makan..ekekekekekeke...Bising badan comel tapi makan tak ingat...

with AC juniors!
Well, mamat - mamat arab nih dok asyik cakap Masya Allah banyak kali bila tengok aksi-aksi agak nakal oleh si Hamizan. Aiyooooo Hamizan. Why so notty ??? hehehehehe....

opss...mamat-mamat nih sangat pening dengan Hamizan
Sebelum balik, sesi bergambar ramai-ramai. Memang havoc la...Kepoh sesangat....! heheheheehe

reunion utm
Jom geng, kita bergambar!



reunion utm
tengah bersiap berkumpul nak bergambar reramai!

here we are!
Dan tak lupa juga bergambar dengan exhousemate aku. Mastura berbaju hitam dan Khuraishah berbaju biru.

me, Mas and Khurai - my exhousemate....
Antara selingan adalah cabutan nombor bertuah dan contest untuk cute babies la...Kiddos la...Anyway, tahniah dan tahniah siapa yang dapat hadiah bertuah tuh. And yang agak kureng bertuah macam aku, huhuhuhuh...Tidak mengapa, janji happy! Motipnya kan nak berjumpa kenalan lama!

Antara yang dibuat..bersengkang mata!

cutest boy and girl, sila claim yea.....


Anyway, thanks so much untuk kawan-kawan yang bertungkus lumus bagi menjayakan reunion kita buat julung-julung kalinya. Walaupun entri ini agak lambat, tapi suasana havoc tuh masih terpahat di sanubari. Tarikh 17 March 2012 adalah tarikh yang bermakna bagi keluarga AC97!


ps: erhmm..Boleh aku cadangkan pas nih kita buat di UTM? waaaaa nostalgia tuh beb!


1 comment: