5 kedudukan jerawat dan isyarat

By kin - March 12, 2012

Eh...tetiba nak cerita pasal jerawat....Bukan jerawat ni masa muda remaja ke sakan tumbuh? Maklumlah perubahan hormon...Eh, siapa kata muda remaja sahaja ada perubahan hormon? Aku nih dah remaja dekat nak senja pun masih mengalami perubahan hormon...kih...kih.... remaja senja konon...ke remaja purba? hahahaha

Oklah, hormon aku sejak bersalin no 3, memang swing la...Dengan mood aku pun swing...Sekali sekala jerawat naik....Aiiikkk....Kalau masa muda remaja dulu aku tak berapa hairan sangat tumbuh melata sebab aku tahu normallah kalau time remaja tumbuh jerawat. Korang kutuk aku bulan pun aku masih boleh senyum. Iyalah tuh.... Tapi bila dah remaja senja nih, aku rasa agak pemalu...eh malu kalau tetiba tiong!!!! Tolong ada jerawat besau nih....Iskkkkk...

Ok, meh aku kongsikan sedikit. Kut-kut sesiapa seangkatan denganku yang remaja senja ni ada problem jerawat nih....hehehehehehe. Ini adalah isyarat dari badan jika tumbuh jerawat. Sumber dipetik dari sini.

  1. Jerawat yang tumbuh di dahi - bermakna haba badan melampau dan peredaran yang tidak baik. Kemungkinan minda dan badan kita terlalu letih dan rasa tertekan. Untuk mengurangkannya, minumlah banyak air masak dan cuba untuk berehat.
  2. Jerawat tumbuh di batang hidung - kemungkinan tulang belakang bermasalah. Kalau di hujung hidung pula, haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Kalau tumbuh di salah satu hujung hidung pula; ini berkaitan dengan masalah ovari atau masalah reproduksi. (masalah orang perempuan)
  3. Jerawat tumbuh di dagu - fungsi buah pinggang mungkin terjejas atau rembesan dalaman lemah. Kalau perempuan yang mengalaminya adalah kemungkinan disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur atau masalah berkaitan perakanan.
  4. Jerawat tumbuh di pipi - kalau di pipi kiri, kemungkinan fungsi hati kurang lancar iaitu masalah rembesan, menyahtoksin dan masalah penghasilan darah. Kalau tumbuh di pipi kanan pula; bermakna fungsi paru-paru mungkin tidak normal
  5. Jerawat tumbuh di mana-mana di bahagian depan atau belakang badan - sistem perkumuhan bermasalah. Perlu mengamalkan pemakanan yang sihat supaya toksin dapat dikeluarkan.

Hohohohoho...Ok, dah tahu di mana kedudukan jerawat tumbuh? So, bolehla  figure out cara untuk mencegahnya. Buat masa ini, memang jerawatku suka bangat tumbuh di pipi kanan dan dagu. Memang aku akui, la nih dah masuk minggu ke-3 aku tengah sakit tekak dan batuk...Suara rock you... Dan di dagu itu, as aku bagitahu awal-awal, aku memang mengalami masalah hormon tiong - tiong....

Ok, selamat memperatikan jerawat korang!!!!! *wink*

  • Share:

You Might Also Like

0 comments