Thursday, March 15, 2012

WHITE LACQUERED

Ok, kali ini nak bercerita tentang jam. Wah!!! Sukanya tengok koleksi terbaru jam Swatch; 2012 Spring Summer ini.


swatch
WHITE LACQUERED
  Aku suka sangat yang WHITE LACQUERED nih...Wah, rasa teruja tapi di Malaysia belum sampai lagi...Agak-agaknya, berapa rm lah yea?


another colors

swatch
another colors

close up ....
Sebenarnya aku nih hantu obses sedikit hal-hal berkaitan dengan jam. Suka jam tangan. Masa memula kawen tuh, suami ku agak hairan kenapa aku ada banyak koleksi jam tangan....hehehehehehe....

Antara jam tangan yang aku sayang adalah pemberian ibuku sempena result PMR ku tahun 1994. Masa tuh aku tengah giler, bukan aku sahaja..kawan-kawan sekolah ku jua dengan jam jenama Guess. So, biler dapat offer hadiah, terus aku mintak jam tangan Guess. Sambil bayar, ibuku membebel-bebel....

"Kenapa la pilih jam yang takde nombor?"

hahahahahaha....Rekaan jam yang aku pilih cuma ada perkataan Guess sahaja. Sekeliling permukaan tuh tiada nombor.

"Ala ibu, leh agak jam berapa kalau tengok pun"....hahaha..Ayat nak menang gaks sebab nak juga jam tangan ini.

Tapi sedihnya, jam tangan tuh dah hilang. Tukang menghilangkan jam (kes pinjam) boleh wat derkkk jer....Takpe, sabar ajelah.

Yang kedua; aku dapat hadiah jam Rolex berwarna emas bertatahkan berlian..eh Zirqon kut warna delima...Sempena hadiah aku yang ke 18 tahun. Aku suka tapi aku malu nak pakai... Tak rock!!!! So, aku jarang pakai...Aku hanya pakai bila pakai baju kurung sahaja. Terima kasih Makcik! <3

Selebihnya pemberian suami, makcik-makcikku dan kawan-kawan dan sudah tentunya aku beli sendiri. *_<

Ada sekali tuh, tahun lepas la. Aku nak beli jam Swatch ni sebab ini antara jam yang aku aimed lama sudah. Dah nekad dah nak membeli ni. Suami ku tetiba tak jadi belikan. Alasannya, eh eh..kenapa bateri jam nih diluar...hohohohoho..Hilang mood.

So, for this time, aku nak juga beli..hehehehe...Takpelah en hubby, I pi beli sendiri.... *_*




Wednesday, March 14, 2012

www #4 - Up up & WOW




Monday, March 12, 2012

5 kedudukan jerawat dan isyarat

Eh...tetiba nak cerita pasal jerawat....Bukan jerawat ni masa muda remaja ke sakan tumbuh? Maklumlah perubahan hormon...Eh, siapa kata muda remaja sahaja ada perubahan hormon? Aku nih dah remaja dekat nak senja pun masih mengalami perubahan hormon...kih...kih.... remaja senja konon...ke remaja purba? hahahaha

Oklah, hormon aku sejak bersalin no 3, memang swing la...Dengan mood aku pun swing...Sekali sekala jerawat naik....Aiiikkk....Kalau masa muda remaja dulu aku tak berapa hairan sangat tumbuh melata sebab aku tahu normallah kalau time remaja tumbuh jerawat. Korang kutuk aku bulan pun aku masih boleh senyum. Iyalah tuh.... Tapi bila dah remaja senja nih, aku rasa agak pemalu...eh malu kalau tetiba tiong!!!! Tolong ada jerawat besau nih....Iskkkkk...

Ok, meh aku kongsikan sedikit. Kut-kut sesiapa seangkatan denganku yang remaja senja ni ada problem jerawat nih....hehehehehehe. Ini adalah isyarat dari badan jika tumbuh jerawat. Sumber dipetik dari sini.

  1. Jerawat yang tumbuh di dahi - bermakna haba badan melampau dan peredaran yang tidak baik. Kemungkinan minda dan badan kita terlalu letih dan rasa tertekan. Untuk mengurangkannya, minumlah banyak air masak dan cuba untuk berehat.
  2. Jerawat tumbuh di batang hidung - kemungkinan tulang belakang bermasalah. Kalau di hujung hidung pula, haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Kalau tumbuh di salah satu hujung hidung pula; ini berkaitan dengan masalah ovari atau masalah reproduksi. (masalah orang perempuan)
  3. Jerawat tumbuh di dagu - fungsi buah pinggang mungkin terjejas atau rembesan dalaman lemah. Kalau perempuan yang mengalaminya adalah kemungkinan disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur atau masalah berkaitan perakanan.
  4. Jerawat tumbuh di pipi - kalau di pipi kiri, kemungkinan fungsi hati kurang lancar iaitu masalah rembesan, menyahtoksin dan masalah penghasilan darah. Kalau tumbuh di pipi kanan pula; bermakna fungsi paru-paru mungkin tidak normal
  5. Jerawat tumbuh di mana-mana di bahagian depan atau belakang badan - sistem perkumuhan bermasalah. Perlu mengamalkan pemakanan yang sihat supaya toksin dapat dikeluarkan.

Hohohohoho...Ok, dah tahu di mana kedudukan jerawat tumbuh? So, bolehla  figure out cara untuk mencegahnya. Buat masa ini, memang jerawatku suka bangat tumbuh di pipi kanan dan dagu. Memang aku akui, la nih dah masuk minggu ke-3 aku tengah sakit tekak dan batuk...Suara rock you... Dan di dagu itu, as aku bagitahu awal-awal, aku memang mengalami masalah hormon tiong - tiong....

Ok, selamat memperatikan jerawat korang!!!!! *wink*

Wednesday, March 7, 2012

WWW #3 - outdoor