Takkan Ku Lupa

By kin - February 15, 2012

Pagi tadi masa drive ke tempat kerja, as usual default radio yang didengar adalah Sinar Fm. Kebetulan tajuk pagi ini adalah Takkan Ku Lupa.... Tetiba teringat salah satu kisah yang takkan ku lupa....Cewah...

Begini kisahnya......

Masa aku form 4 dulu, aku poyo skit @ ngada -ngada nak ada kelas tuisyen. Sebab aku ni tak penah pergi kelas tuisyen. Maklumlah dari from 1 aku dah bersekolah SBP. So, masa cuti persekolahan nak naik form 5 tuh, aku pujukla ayah aku nak gi tuisyen kat Chow Kit. Kelas tuh depan/berhadapan dengan IMR/ Pusat Perubatan Pergigian HKL (kalo tak silap). Ala, blakang bangunan tuisyen tuh pasar Chow Kit.

So, tiap Selasa Khamis (sepanjang cuti persekolahan) aku dan adik aku, Keron akan tunggu bas di tepi Highway Karak. Kalau tak dapat bas mini 41...40 pun jadi la...Kalo semput mini bas tuh (best woooo naik bas pink nih, lajuuuuuu) aku akan naik bas SJ 422 kut.

Tapi kebiasaanya akan naik bas SJ422 sebab akan lalu jalan ke arah Sentul.So, rasa cepat skit sebab yelah keadaan jalan yang sangat jem pada waktu pagi. Seperti biasa, kalau dapat naik bas (kalau tak penuh), aku dan adik aku akan berdiri sahajalah. Keadaan dalam bas SJ422 tuh bukan macam bas mini pinky tuh. Kedudukan kerusinya melekap di tepi dinding bas macam bentuk U. Erkkkkk..paham ke tak...? Means, tengah-tengah tuh kosong untuk orang berdiri. Maybe jimat ruang = ramai org = tiket banyak terjual.

Kat Sentul ni, banyak trafic light. So, masa bas berhenti ni, aku nak betulkan tudung which means aku tak pegangla tali pemegang tuh. Entah macam mana salah bajet timing, bas bergerak. Dan sedar-sedar sahaja aku dah berada di atas pangkuan dua jejaka.....Ayoyoyoyoyoyo.....Malunyer kene gelak. Separuh badan aku di peha kiri mamat A dan sebelah lagi di peha mamat B. Mamat A dan mamat B terkejut jugaklah. Terbuntang mata pandang aku ngan pandangan mata merah.( kes tidur dalam bas..mestit tak bajet aku yang cun nih jatuh atas riba).Haru sebab satu bas gelakkan aku. Cesssssssssssssss. Mesti mamat² tu tak sangka aku jatuh atas depa kan? Takpelah, macam biasa, aku wat muka tebal dan selamba.

Ingatkan citer tuh dah abis. So, another alternate day...As usual tunggu bas. Dan the same bus plak datang....Masuk-masuk sahaja....Akak²...Abg² including mamat A dan mamat B dok sengih²... eiii menci....Sorryla...Senget aku nyer tudung pun aku taknak betulkan walaupun bas berhenti lama. Kang jatuh lagi atas mamat² tuh. Nasib ler korang tak hensem! hahahahahahahahah... Jahat aku.



  • Share:

You Might Also Like

0 comments