Cuti Sekolah - part 1

By kin - February 28, 2012

Nota : Cerita dah basi tapi nak tepek jugak....huhuhuhuhuhuhuhuhuhu

Bila tiba bab nak bercuti ni memang sangat memeningkan kepala. Mana taknya, tiap kali aku utaranya nak pi mana, ada sahaja pembangkangnya. Lain tak lain ialah suami aku laaaaa... Asal nak ke Langkawi tak jadi, then aku suggest ke Penang pun dia takmo....Teringin nak ke Terengganu tapi musim bah, aku hold dulu. Sudahnya tak ke mana....Hot betul time tuh.

Akhirnya aku ajak pi Pantai Bagan Lalang. Pagi tuh dah mcm excited la...Anak² dah rasa seronok...Same wtih me too...Alih² dia kata takmo...Ajak pi naik Menara Kuala Lumpur or pi aje Aquaria....Ehmmmmmmm...KL???? Aisehhhhh...

Sudahnya, mood aku nak bercuti hilang....Entah macam mana, aku ajak pi Bukit Tinggi.....So, he was agreed and kitaorang bertolak hampir tengah hari. Dah sepanjang pagi dok bincang nak pi mana asik tak jadik jer...

Bukit Tinggi...

Part 1 - Taman Arnab 


Tempat pertama yang kami lawati adalah Taman Arnab.Taman ini macam mini zoo dan sesuai untuk keluarga. Untuk masuk ke taman ni, ada bayaran masuk kalau tak salah RM 3. Arnab pula ada yang jinak, ada yang 'nakal' dan ada yang pemalu. Pegang-pegang ganas tidak dibenarkan.

Selain arnab, ada juga kuda untuk ditunggang. Alahai kuda-kuda ni. Lagi jinak daripada arnab yang comel. Rusa pula ada yang dibiarkan lepas. Berkejaran juga la dikejar dek budak-budak. Aku tak kejar, dah matang...bukan tua erkkk...hahahahahaha.

Arnab yang jinak



Jom pegang.....

Part 2 - Colmar Tropicale

Antara tempat wajib untuk dilawati ialah di Colmar Tropicale.Menarik la juga tempat ni. Nak kata terasa macam di France tuh, takdelah sangat. Tapi bolehla...Maklumlah ini kali ke -5 aku datang, but for my family, this is their first time. Sebab tu aku rasa biasa - biasa kut and at the same time pernah ke salah satu perkampungan di France.huhuhuhuhuhuhuhu.


Angsa putih ni le patuk montot aku....Iskkk..ingat roti besau ker apa????? hohohhohohooh

at Clock Tower

Hamizan dah bosan......

Besar tak teddy nih?

Di atas menara



Background lawa la juga....

Selain melihat pemandangan, di sini juga terdapat restoran  dan  liveband yang membuat persembahan.Kali ini persembahan daripada negara China. Komen aku : bolehla.....

Main game

Selain itu , terdapat juga permainan - permainan lain untuk di main di sekitar kawasan ini.Aikkk..terasa macam di Genting Highlands la pula. Sudahla mahal, eiii rasa macam kene tipu je game nih. Hahahahaha...Padahal macam tak tahu rules game tuh. RM4/game. Syasya mengamuk-mengamuk nak main tangkap ikan. Tangkapnya sekali, hasilnya zero. Alahai anakku. Nasib Sara dan Hamizan tak merengek. Kalau tak, mahu kene hempuk ngan aku yang kontroltakmaumarahdepandepan nih.

Part 3- Taman Jepun aka Japanese Tea Garden

Ok,  teruja juga la nak ke sini. Masih terbayang-bayang di mindaku dengan keindahan taman Jepun ni. Kami beratur untuk menaiki tren yang telah disediakan. Kebetulan memang tren dah sedia menunggu. Malas nak bawa kereta sendiri. Yela, kereta macam nak semput jer naik. Bagi rehat dulu la.



Di Japanese Village

Masa itu, keadaan cuaca memang tak menentu. Masa nak naik ke sini pun kira gamble ajelah.  Masa nak menapak naik ke atas untuk ke taman Jepun ni, hujan dah malu-malu nak turun. Ok, kita teruskan juga perjalanan ni. Lagi 5 minit nak mendaki; semput sudah.....Hujan pun mencurah-curah turun. Nasib baik ada tempat teduhan, kira menumpang la sat sementara nak mendaki lagi sedikit. Payung kompem tak bawa. Kes malas la nih...huhuhuhuhuhuhu.


Agak hujan dan macam gerimis, kami pi la Taman Jepun nih. And I was speechless. Argghhhh...not same as I was imagined! Totally out...Macam tidak dijaga. Tak macam dolu-dolu. So sad......







So, my hubby decided takmo pi ke Botanical Garden. Aku pun ok jer. Kalau taman Jepun nih pun tak terjaga, apatah lagi Botanical Garden. Kebetulan pula terdengar ada salah satu pengunjung bagitahu parents dia, dia recee dulu. As predicted, memang nothing there. So, memang no point la nak menapak lagi kan? Hujan pun makin lebat, so plan nak turun la.


Sejuk time ni, dah basah kuyup......


Masa inilah tren tak kunjung tiba, kebetulan terjumpa bekas opismate, dia kata dah hampir sejam dia tunggu. Huhuhuhu...Bila tren datang, memang trip kedua la kami naik. Kes malas nak berebut punya pasal.

Hujan makin lebat, baju pun dah basah. Kecut gak naik tren yang takde pintu ni. Tawakal ajelah. Syukur selamat.



Komen suami ku: Ini last la kita mai sini.

Dalam hati aku.....ehmm....memang dah tak cantik macam tahun-tahun sebelumnya ( 5-6 tahun lepas). No wonder harga tiket makin murah.Cuma mengharapkan sahaja keindahan Colmar Tropicale yang sedikit sebanyak dicemari dengan game-game macam di Genting Highlands.My dua kupang komen.....




  • Share:

You Might Also Like

0 comments