Tuesday, February 28, 2012

Cuti Sekolah - Part 2

Muzium Alam Semulajadi

Agak-agaknya siapa tahu di manakah terletaknya muzium ini? Hahahahaha..Aku pun memula tak tahu dan ini adalah unplanned berkunjung ke muzium ni. Wink.....Sebenarnya tidak sengaja ke sini. Plan asal mahu ke Kamdar, Putrajaya tapi kebetulan sudah ditutup maa.

muzium putrajaya
Pameran Misteri Sang Buaya


Kebetulan pula muzium betul-betul terletak di lokasi hendak ke Prescint 14. Dalam hati, owh....ini muzium ke..ingatkan bangunan apa...Hehehehehee..Bayaran masuk kalau tidak silap, tak ingat sangat sebenarnya... dewasa RM2...kanak-kanak bawah 12 tahun percuma sahaja.


Besar tak mulut buaya ni?
buaya
Di hadapan pintu masuk


Muzium Alam Semulajadi merupakan muzium pertama di Malaysia yang berkonsepkan hidupan fauna dengan mempamerkan pelbagai jenis haiwan termasuk spesies terancam di Malaysia. Muzium ini yang dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Pameran kali ini, adalah berkisar Misteri Sang Buaya.........Ada replika buaya dan ada juga yang diawetkan. Bangunan  muzium ini adalah 2 tingkat. So, bahagian pameran sang buaya adalah di tingkat atas.


warrrrrrrrrrrr!!!!!
Elokla tuh..


Rangka ikan paus Bryde yang yang dijumpai terdampar di Kampung Tanjung Am, Labuan pada 2005 dipamerkan ketika mula-mula hendak masuki muzium ini. Yang menariknya, ada ruangan untuk si kecil seperti kemudahan komputer dan buku-buku untuk mendalami lagi tentang isu-isu yang berkaitan dengan muzium ini.


Plushies ada, buku ada..komputer pun ada....

Sambil-sambil tuh, aku terserempakla juga dengan sorang pakcik nih. Dalam hatiku, amboi..Pi muzium pun bergaya (berbaju batik pada hari Ahad). Sekali dia adalah pengarah muzium tu daaaaa..hahahhahaha..Oklah, dia la yang menjadi kami punya tourist guide..hehehehehe.. So nice...



Semua haiwan yang dipamerkan merupakan haiwan sebenar yang diawet. Ada juga beberapa jenis spesies haiwan terancam di negara ini seperti harimau dan badak sumbu dipamerkan dengan  bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi hidupan liar.

Sara, nasibla tak kene sound......



the same posing....

Sedikit info:
Terletak di Presint 14, Putrajaya.Muzium ni berdekatan dengan Mydin, bangunan kaca atas bukit berhadapan Proton Showroom. Ada masa dan kelapangan datanglah muzium sini, menarik dengan  pelbagai spesis haiwan dipamerkan, dan untuk makluman semua , haiwan-haiwan ini  telah diawet dengan mengekalkan kulit asal. ala ciannya...

Masa Lawatan : 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


Bayaran Masuk : Dewasa sahaja RM 2......kanak-kanak  bawah 12 tahun FREE.

Tutup: hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji.

 Makluman : Pameran Misteri Sang Buaya di Muzium Alam Semula Jadi bermula 26 Nov 2011 - 29 Feb 2012.




Cuti Sekolah - part 1

Nota : Cerita dah basi tapi nak tepek jugak....huhuhuhuhuhuhuhuhuhu

Bila tiba bab nak bercuti ni memang sangat memeningkan kepala. Mana taknya, tiap kali aku utaranya nak pi mana, ada sahaja pembangkangnya. Lain tak lain ialah suami aku laaaaa... Asal nak ke Langkawi tak jadi, then aku suggest ke Penang pun dia takmo....Teringin nak ke Terengganu tapi musim bah, aku hold dulu. Sudahnya tak ke mana....Hot betul time tuh.

Akhirnya aku ajak pi Pantai Bagan Lalang. Pagi tuh dah mcm excited la...Anak² dah rasa seronok...Same wtih me too...Alih² dia kata takmo...Ajak pi naik Menara Kuala Lumpur or pi aje Aquaria....Ehmmmmmmm...KL???? Aisehhhhh...

Sudahnya, mood aku nak bercuti hilang....Entah macam mana, aku ajak pi Bukit Tinggi.....So, he was agreed and kitaorang bertolak hampir tengah hari. Dah sepanjang pagi dok bincang nak pi mana asik tak jadik jer...

Bukit Tinggi...

Part 1 - Taman Arnab 


Tempat pertama yang kami lawati adalah Taman Arnab.Taman ini macam mini zoo dan sesuai untuk keluarga. Untuk masuk ke taman ni, ada bayaran masuk kalau tak salah RM 3. Arnab pula ada yang jinak, ada yang 'nakal' dan ada yang pemalu. Pegang-pegang ganas tidak dibenarkan.

Selain arnab, ada juga kuda untuk ditunggang. Alahai kuda-kuda ni. Lagi jinak daripada arnab yang comel. Rusa pula ada yang dibiarkan lepas. Berkejaran juga la dikejar dek budak-budak. Aku tak kejar, dah matang...bukan tua erkkk...hahahahahaha.

Arnab yang jinak



Jom pegang.....

Part 2 - Colmar Tropicale

Antara tempat wajib untuk dilawati ialah di Colmar Tropicale.Menarik la juga tempat ni. Nak kata terasa macam di France tuh, takdelah sangat. Tapi bolehla...Maklumlah ini kali ke -5 aku datang, but for my family, this is their first time. Sebab tu aku rasa biasa - biasa kut and at the same time pernah ke salah satu perkampungan di France.huhuhuhuhuhuhuhu.


Angsa putih ni le patuk montot aku....Iskkk..ingat roti besau ker apa????? hohohhohohooh

at Clock Tower

Hamizan dah bosan......

Besar tak teddy nih?

Di atas menara



Background lawa la juga....

Selain melihat pemandangan, di sini juga terdapat restoran  dan  liveband yang membuat persembahan.Kali ini persembahan daripada negara China. Komen aku : bolehla.....

Main game

Selain itu , terdapat juga permainan - permainan lain untuk di main di sekitar kawasan ini.Aikkk..terasa macam di Genting Highlands la pula. Sudahla mahal, eiii rasa macam kene tipu je game nih. Hahahahaha...Padahal macam tak tahu rules game tuh. RM4/game. Syasya mengamuk-mengamuk nak main tangkap ikan. Tangkapnya sekali, hasilnya zero. Alahai anakku. Nasib Sara dan Hamizan tak merengek. Kalau tak, mahu kene hempuk ngan aku yang kontroltakmaumarahdepandepan nih.

Part 3- Taman Jepun aka Japanese Tea Garden

Ok,  teruja juga la nak ke sini. Masih terbayang-bayang di mindaku dengan keindahan taman Jepun ni. Kami beratur untuk menaiki tren yang telah disediakan. Kebetulan memang tren dah sedia menunggu. Malas nak bawa kereta sendiri. Yela, kereta macam nak semput jer naik. Bagi rehat dulu la.



Di Japanese Village

Masa itu, keadaan cuaca memang tak menentu. Masa nak naik ke sini pun kira gamble ajelah.  Masa nak menapak naik ke atas untuk ke taman Jepun ni, hujan dah malu-malu nak turun. Ok, kita teruskan juga perjalanan ni. Lagi 5 minit nak mendaki; semput sudah.....Hujan pun mencurah-curah turun. Nasib baik ada tempat teduhan, kira menumpang la sat sementara nak mendaki lagi sedikit. Payung kompem tak bawa. Kes malas la nih...huhuhuhuhuhuhu.


Agak hujan dan macam gerimis, kami pi la Taman Jepun nih. And I was speechless. Argghhhh...not same as I was imagined! Totally out...Macam tidak dijaga. Tak macam dolu-dolu. So sad......







So, my hubby decided takmo pi ke Botanical Garden. Aku pun ok jer. Kalau taman Jepun nih pun tak terjaga, apatah lagi Botanical Garden. Kebetulan pula terdengar ada salah satu pengunjung bagitahu parents dia, dia recee dulu. As predicted, memang nothing there. So, memang no point la nak menapak lagi kan? Hujan pun makin lebat, so plan nak turun la.


Sejuk time ni, dah basah kuyup......


Masa inilah tren tak kunjung tiba, kebetulan terjumpa bekas opismate, dia kata dah hampir sejam dia tunggu. Huhuhuhu...Bila tren datang, memang trip kedua la kami naik. Kes malas nak berebut punya pasal.

Hujan makin lebat, baju pun dah basah. Kecut gak naik tren yang takde pintu ni. Tawakal ajelah. Syukur selamat.



Komen suami ku: Ini last la kita mai sini.

Dalam hati aku.....ehmm....memang dah tak cantik macam tahun-tahun sebelumnya ( 5-6 tahun lepas). No wonder harga tiket makin murah.Cuma mengharapkan sahaja keindahan Colmar Tropicale yang sedikit sebanyak dicemari dengan game-game macam di Genting Highlands.My dua kupang komen.....




Wednesday, February 15, 2012

Takkan Ku Lupa

Pagi tadi masa drive ke tempat kerja, as usual default radio yang didengar adalah Sinar Fm. Kebetulan tajuk pagi ini adalah Takkan Ku Lupa.... Tetiba teringat salah satu kisah yang takkan ku lupa....Cewah...

Begini kisahnya......

Masa aku form 4 dulu, aku poyo skit @ ngada -ngada nak ada kelas tuisyen. Sebab aku ni tak penah pergi kelas tuisyen. Maklumlah dari from 1 aku dah bersekolah SBP. So, masa cuti persekolahan nak naik form 5 tuh, aku pujukla ayah aku nak gi tuisyen kat Chow Kit. Kelas tuh depan/berhadapan dengan IMR/ Pusat Perubatan Pergigian HKL (kalo tak silap). Ala, blakang bangunan tuisyen tuh pasar Chow Kit.

So, tiap Selasa Khamis (sepanjang cuti persekolahan) aku dan adik aku, Keron akan tunggu bas di tepi Highway Karak. Kalau tak dapat bas mini 41...40 pun jadi la...Kalo semput mini bas tuh (best woooo naik bas pink nih, lajuuuuuu) aku akan naik bas SJ 422 kut.

Tapi kebiasaanya akan naik bas SJ422 sebab akan lalu jalan ke arah Sentul.So, rasa cepat skit sebab yelah keadaan jalan yang sangat jem pada waktu pagi. Seperti biasa, kalau dapat naik bas (kalau tak penuh), aku dan adik aku akan berdiri sahajalah. Keadaan dalam bas SJ422 tuh bukan macam bas mini pinky tuh. Kedudukan kerusinya melekap di tepi dinding bas macam bentuk U. Erkkkkk..paham ke tak...? Means, tengah-tengah tuh kosong untuk orang berdiri. Maybe jimat ruang = ramai org = tiket banyak terjual.

Kat Sentul ni, banyak trafic light. So, masa bas berhenti ni, aku nak betulkan tudung which means aku tak pegangla tali pemegang tuh. Entah macam mana salah bajet timing, bas bergerak. Dan sedar-sedar sahaja aku dah berada di atas pangkuan dua jejaka.....Ayoyoyoyoyoyo.....Malunyer kene gelak. Separuh badan aku di peha kiri mamat A dan sebelah lagi di peha mamat B. Mamat A dan mamat B terkejut jugaklah. Terbuntang mata pandang aku ngan pandangan mata merah.( kes tidur dalam bas..mestit tak bajet aku yang cun nih jatuh atas riba).Haru sebab satu bas gelakkan aku. Cesssssssssssssss. Mesti mamat² tu tak sangka aku jatuh atas depa kan? Takpelah, macam biasa, aku wat muka tebal dan selamba.

Ingatkan citer tuh dah abis. So, another alternate day...As usual tunggu bas. Dan the same bus plak datang....Masuk-masuk sahaja....Akak²...Abg² including mamat A dan mamat B dok sengih²... eiii menci....Sorryla...Senget aku nyer tudung pun aku taknak betulkan walaupun bas berhenti lama. Kang jatuh lagi atas mamat² tuh. Nasib ler korang tak hensem! hahahahahahahahah... Jahat aku.



Monday, February 13, 2012

Penyakit M

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2012.Warghh malasnya nak update blog. Alasan paling utama ialah MALAS dan SIBUK. Entah apa yang sibuk dan apa yang malas pun aku tak tahu. Hehehehehe....

Tahun ni dan juga tahun sebelumnya, aku tetap tak berazam. Sengal kan? Kalau ada pun, ala aku sorang-sorang aje tahu pun cukup! Hehehehehe.... Tak perlu nak war-warkan. Pastu tak tercapai azam, buat malu jer. Cuma harapan aku, aku berharap tahun ini hidup aku lebih diberkati & dirahmati, Insya Allah dan Amin......

Tahun 2011 banyak juga menyimpan suka dan duka. Tapi yang duka-duka aku dah tak ingat. Buat menyemak otak jer...Sudah defragment dah tiap kali masuk tahun baru ( Hijrah maupun Masihi). hehehehehe....

Tahun ini juga aku rasa mencabar sebab anak dara aku menginjak alam persekolah ke tahun satu. Wa.....makcik penat.....Nak gosok baju la...Basuh baju hari-hari pun tak kisah....Tapi bab menarah Gunung Kinabalu harus memerlukan kekuatan mental.....Hahahahaha... Siapa setuju? Ramai orang kalo bab melipat memang malas. Kalau dah siap lipat pun, wah...mulalah anak-anak aku imagined yang diri mereka tuh resakse ke...ultramen ker..Ingat baju-baju yang dilipat itu bangunan - bangunan ke anak oooiiii? Sabar ajelah yea..... Hehehehehehe....


Oklah, malas nak bebel ntah apa- apa. Masih belum ada idea untuk merepek merapu. Apa-apa pun, hidup ceria sokmo!