Wednesday, December 14, 2011

Wednesday, December 7, 2011

Pengalaman baru bagi si comel....

si comel Anne.....

Tengah hari tadi, aku datang melawat kali kedua nak tengok anak kedua si Anne nih...Memang anak jepung! Pinkish dan sepet....huhuhuhu....Tengah dok borak-borak, di sebalik tirai yakni katil sebelah kedengaran suara si ibu menangis teresak-esak....suara suami lantang mengatakan susu ibu adalah susu terbaik!!! Dan suara si comel menangis nak susu.... Erhmmm....Situasi apakah ini?

Masa nak balik( Anne dah discharged), kitaorang pi la katil sebelah ( yang bising-bising tadi tu....huhuhu)...Sambil-sambil salam untuk mengatakan Anne mau pulang.Rupanya baby menangis nak susu. Aku dah agak dah.  Aku tengok; alahai ciannya baby tuh...kepala 90 darjah..Si ibu baring tak seberapa mengiring. Sangat payah aku tengok baby tuh nak menyusu.

Sudahnya, aku mintak izin pada neneknya ( emak kepada si ibu tadi) untuk membetulkan kedudukan baby dan si ibu tadi. Masa tuh baby masih menangis walaupun menyusu. Selepas tunjuk teknik yang betul, barulah aman dunia sang ibu. Baby breastfeed dengan amannya. Aku bajet sangat lapar tuh.hehehehe....

So, aku bagi skitla petua pada si ibu...bla..bla...bla....Then aku pun blah. hahahahahhaha....

Pada pemahaman aku yang tak seberapa nih, aku rasa kebanyakan parents specially si ibu tak cukup bersedia dari segi mental dan juga pengetahuan dalam menjayakan susu ibu ini. Segala persiapan nak sambut baby dah tersedia, tapi antara yang paling penting; ilmu menyusu anak nih selalu letak ke tepi. I'm not talking to others but it based on my experienced too.. Masa anak first, aku langsung takde pengetahuan dalam menyusukan anak...Sudahnya, susu cap lembu le gamaknya kene nonot.....huhuhu

oh no!!! ini salah nih...hehehehehe

So, aku nak kongsikan tips daripada pengalaman aku dan juga yang penah aku hadiri kelas:

  1. Yang paling utama ialah NIAT si ibu untuk menyusukan anaknya
  2. Mental dan semangat ibu yang KUAT. Pedulikan apa orang nak kata. This is my baby and I don't care!
  3. Sokongan daripada SUAMI atau AYAH kepada si anak. Ini penting kerana dialah antara orang paling kuat di sisi si ibu selain ibu bapa kita.
  4. Pemakanan; kurma, ulam seperti tenggek burung/jantung pisang etc. Dan minum banyak air. Bagi aku, peduli la pasal petua tak kasi minum banyak air nanti tut berair....hohohohohoho....
  5. Sokongan dari persekitaran.
Dan aku rasa, bagi para bakal menjadi ibu bapa, silalah hadiri kelas pra natal ataupun layarilah internet untuk mendapatkan info bagaimana hendak menjayakan penyusuan ibu ini.Susu ibu ini tiada nilai. Hargailah hatta setitik pun. Aku tak paham segelintir ibu sanggup makan pil untuk tahan susu keluar atas alasan takmo alignment body lari...haiyaaa....

So, hasil dari pak google, aku sharekan skali cara-cara menyusukan bayi dengan betul. Harap dapat membantu sedikit sebanyak.


Another tip:   Sediakan 2 kubis bulat.Rendamkan dalam mangkuk berisi air. Letakkan di dalam peti selama 10 minit. Keluarkan dan tekap di dada. Insya Allah, dalam tempoh setengah jam, susu akan keluar dengan jayanya.....hehehe..Jangan tekap lama-lama, nanti susu takmo keluar sebab ini pun petua untuk menghentikan penyusuan badan.