Monday, September 19, 2011

Apam Polkadot In The Making..................

Kali nih, the same request from my sis, Huda. Memula nak muffin again but I think why not we try The Apam Polkadot??? hehehehe. So, bermulalah episod mencuba apam polkadot ni malam tadi. Kalo ikut plan asal, nak wat petang Ahad but kami sekeluarga terpaksa memenuhi undangan perkahwinan kenalan dan berhari raya di rumah bos, Dato' Aman.

Jadi, ini adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji telur gred A ( disejukkan dalam peti sejuk)
  • 275gm tepung gandum
  • 220gm gula halus
  • 150ml susu segar/susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovelette
  • untuk inti/filling; any perisa but I'm using mango and blueberry flavors
  • pewarna; any colors..I'm using blue and red colors
  • Paper cup (semestinya)
Cara - cara:
  1. Masukkan semua adunan ke dalam mixer kecuali filing dan pewarna. Pukul sehingga kembang atau 8-15 minit pada kelajuan tinggi.
  2. Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bahagian. Saya bahagikan kepada 2 sahaja sebab nak buat 2 warna sahaja.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  4. Picit adunan ke dalam paper cup sehingga setengah cawan sahaja.
  5. Masukkan filing di tengah-tengah adunan dalam paper cup. (Nak lg senang, filing nih juga masukkan ke dalam piping bag)
  6. Picit dan masukkan adunan ke dalam baki tadi sehingga hampir penuh. ( Nak sama warna pun boleh, nak lain-lain warna pun boleh. Ikut suka ^_^ )
          7. Dot-dotkan dengan pantas ikut warna kesukaan (kontra). Macam saya pakai 2 pewarna, jadi ambil warna kontra sahaja.
apam polkadot

            8.  Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak dengan api yang sederhana.

Siap sudah. Tengah rileks-rileks tengok tv sambil menunggu apam polkadot siap, aku bersms ngan kawanku; Ida. Sekali aku terus melompat bila Ida mentioned that dia salah letak serbuk penaik. Dia terletak soda bikarbonat. Hahaha..Aku lagi kelakar, langsung tak letak!!!! Aduh......

Ehmm...Bila tengok, naik ciput jer. Oklah kut...hehehehehehehee..So, inilah hasilnya. Takpe, belajar dari kesilapan..... ^_^


apam polkadot
apam polkadot
Tips:
  • Better pakai acuan lompang supaya naik comel, bulat dan cantik. See, my polkadot apam ku tidak membulat dengan comelnya.Terpaksa cari alternative lain, pakai paper cup yang keras sedikit.
  • Tutup  periuk kukus ngan kain atau aluminium foil supaya air yang menitis tuh tidak terkena pada adunan apam tadi. Tapi pastikan juga, bila apam sudah naik, tidak terkena pada kain/aluminium foil tuh.
Selingan jap.................
Semasa beraya di rumah bos, anak-anakku teruja dengan kereta ini.......

depan rumah Dato' Aman
Jadi, silalah mencuba resepi ini. Resepi yang aku bagi ini pun, ambil daripada hasil google...hehehehehe...Selamat mencuba.

Thursday, September 15, 2011

Muffin Again dan Jari Siapa Yang Tersepit Tuh?????

Agaknya sudah lama juga la aku tak buat muffin nih. Tapi disebabkan permintaan adik aku nak suruh aku mengajar dia membuat muffin, aku turutkan hati. So, malam tadi bermulalah episod membuat muffin. Sedang mix all the ingredient, adikku berkata; "Jangan rapat sangat nanti tersepit"

"Tak tersepit pun...." jawablah sorang budak nih.

Habis sahaja berkata-kata..Mixer ku berbunyi   ^%$#@@$%^&**..........Ouchhhh....Ada jari sorang budak nih tersepit....Macam agak kalut tolong nak angkat mixer tuh...Aku senang ajer, OFF sahaja plug then baru cuba tarik jari sorang budak nih...Haaaa amik ko...2 jari termasuk antara bowl ngan stand mixer tuh. Pastu, barulah kedengaran suara tangisan...Dalam hati aku....Haaaaa....Kan dah padan dengan muka!


Maka, proses memixer masih diteruskan. Tapi kali nih keluar bunyi lain...Setelah diperiksa, ehmmmmmmmmmm....bowl mixer tuh sudah sumbing....Erti kata lain; macam rosak sedikit. Tak mengapalah, janji 2 batang jari sorang budak tuh tak patah atau retak.


First tray, aku ajarlah adikku macam mana nak buat. Hasilnya -> kene gelak dek Huda sebab muffinku naik semua senget....Cesssss......Senget lagi.... Then aku suruhlah sesudah itu dia lak buat..Bila siap, cesssss lagi..lawa jer muffin dia naik sekata.......Aikkk..sudah lawan tokey nih...huhuhuhuhuhu

buat jangan tak buat.....



nak tolong buat, mak teh.......

Sara sediakan cup nyer yea..?


Sara susun la....


muffin coklat chips


muffin colorful....
Sorang budak yang 2 jari tersepit tuh, lepas meraung dan menangis...Menolong la membuat muffin. Sambil menunggu muffins dibakar, sorang budak nih main phone games sampai la pukul 1 pagi.huhuhuhuhuhuh...Jari sudah tidak sakit lagi ker???


Pop Kuiz: Siapakah sorang budak nih????? ^_^

Tuesday, September 13, 2011

Pit-a-pat and Sara..

Last night, Sara really makes my heart pit-a-pat. This time her mouth full with bloods. Aiyo Sara...What are you doing this time??? Gggrrrrr.... August last year, her pinkie fingertip was broken during her 3th Birthday. What a really surprise gift you get for your birthday my cutie....And following 6 months later after the fingertip accident, she had a wound under her chin. ehmmm...And last night, her lower lip hurt…oklah cakap Melayu la plak….hehehehe

Kene buat something nih…I think this Doa Pelembut Hati could help me…And Sara nih memang kene EXTRA ..and EXTRA jaga sebab dia nih lasak yang kita tak boleh nak jangka. And jangan tertipu dengan muka comelnya itu. ^_^




Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).
  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.


Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Harap aku akan sentiasa beristiqamah....Insya Allah...and Amin Ya Allah....