Festival Lakon Sihat

By kin - July 25, 2011


Sabtu lepas; 23 Julai 2011 anakku Syasya terpilih sebagai salah seorang pelakon di tadika KEMAS nya  untuk berentap 9 buah tadika KEMAS sekitar kawasan/zon  Tun Razak. Pemilihan telah diadakan lebih sebulan yang lalu. Kalau diikutkan last week dia baru sahaja habis membuat persembahan tarian. Selepas tuh, sambung pula latihan teater dan Insya Allah 30 Julai 2011 nih pula..Pertandingan Bola Jaring yang akan diadakan di Kampung Malaysia.Kesian....Asyik kepenatan sahaja.

Awal-awal lagi jam 7.30 am, semua peserta teater dari KEMAS 1 Melayu dan KEMAS Markas Medan telah berkumpul di kuarters. Ikut plan asal, di 1 Melayu tapi 1 Melayu ditutup sebab ada raptai berkawad sempena apa ntah dan bas tidak dibenarkan masuk. Jadinya, berkumpullah di Jalan Labuan bersebelahan dengan KEMAS Markas Medan.Kami yang ibu bapa nih follow ajer dari belakang bas menuju ke Dewan Serbaguna Alam Damai.


atas stage hijau TV2

Sesampai sahaja, para peserta telah diuruskan oleh guru-guru dan kami sekeluarga cari port sarapan di dalam dewan. Sementara nak tunggu majlis dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Tun Razak, kitaorang legar-legar sambil melawat booths specially from RTM.

Sebelum perasmian, semua para peserta melakukan sedikit senaman ringan dan chicken dance.huhuhuhuhu
acara dimulakan dengan senaman ringan
Sara nih ada jer nak interframe..leh berdiri atas stage..iskkkkkkk

time perasmian


Persembahan dimulakan jam 10 pagi. Tadika KEMAS 1 Melayu merupakan persembahan teater yang pertama yang bertajuk Sayangi Sungai Kita (yer kut.....). Syasya jadik ikan...huhuhuhu..Ala -ala...lagu bangau oh bangau....


ikan oh ikan......
Persembahan pagi hanya 5 buah sekolah sahaja akan mempersembahkan. Dan akan disambung pada 5 buah sekolah lagi pada sebelah petangnya.
dari Tadika KEMAS Markas Medan


another Tadika KEMAS

Another tadika KEMAS

another Tadika KEMAS
persembahan selingan dari SRK mane ntah..dah lupa..hehehehhe
Persembahan teater nih diselang seli dengan kemunculan OSOM!!!! Product from TV2. So cute and funny osom-osom nih...hehehehe..pengacara pun not bad. Diselang seli dengan permainan kanak-kanak. Budak-budak seronokla..yelah dapat hadiah kan.

bersama salah sorang OSOM....
bersama pengacara OSOM
Habis dalam dekat tengah hari la juga. So aku sekeluarga ambil kesempatan round di booths dan playing some games.
di Sudut Si Comel....

happy family..Syasya takde time nih....peserta dikawal ketat oleh cikgu...hehehehe

Hamizan, si comel!!!

pertandingan OSOM! Sara dapat hadiah no 2. OKlah ada tee shirt, stationeries....etc

chicken dance again b4 we play another game!
Kitaorang sempat balik ke rumah kejap. Untuk solat Zuhur dan budak-budak pakat mandi. Panas wooo...Sebab tuh Sara dan  Hamizan berbaju lain.hehehehehe...

Detik yang ditunggu tiba. Aku tak tengok plak lagi 5 persembahan sebelah petangnya sebab sibuk melayan Sara nak join outdoor games yang dianjurkan oleh pihak RTM. Seperti dijangka, adik Siti from Markas Medan sebagai pelakon terbaik antara 150 peserta. Memang aku bajet la budak nih sebab memang sangat berbakat. (wink). Cikgu yang over menyanyi dari tadika mana ntah plak dapat Guru Terbaik. Bak kata Syasya..."Cikgu tuh tak kasik can budak-budak pegang mike"...Takpalah...kaki karok kut...heheheheheh

Selepas diumumkan sagu hati..Aku dah risau kut-kut KEMAS 1 Melayu tak dapat apa-apa sebab semua bajet KEMAS Markas Medan yang menang. Tup-tup KEMAS Markas Medan dapat saguhati. Tapi tanpa disangka KEMAS 1 Melayu JUARA!!! yeah......Opsss.....mama lak over....ngeeee ngeeeeee...



semua peserta dapat hadiah medal nih......

cikgu-cikgu KEMAS 1 Melayu

bergambar beramai-ramai

KEMAS 1 Melayu

yeah...menang!

Syasya with trofi kemenangan

Tung tang tung tang.....Dekat pukul 7 mlm baru sampai di rumah. Penat jangan katalah. I'm so sorry to my friend Enni Zaliah that can't make it to attend her wedding. So sorry!Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat Enni Zaliah.....clap...clap....

So, tunggu this Saturday for Netball match....Harap KEMAS 1 Melayu menang lagik... Syasya as well meneruskan legasi aku..huhuhuhuhuhu..Hidup GK or GD...Dah tak pandai nak shoot..heheheheheheheheehe.......

ps: entri paling panjang pernah aku tulis......................enjoy!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments