Monday, July 25, 2011

Festival Lakon Sihat


Sabtu lepas; 23 Julai 2011 anakku Syasya terpilih sebagai salah seorang pelakon di tadika KEMAS nya  untuk berentap 9 buah tadika KEMAS sekitar kawasan/zon  Tun Razak. Pemilihan telah diadakan lebih sebulan yang lalu. Kalau diikutkan last week dia baru sahaja habis membuat persembahan tarian. Selepas tuh, sambung pula latihan teater dan Insya Allah 30 Julai 2011 nih pula..Pertandingan Bola Jaring yang akan diadakan di Kampung Malaysia.Kesian....Asyik kepenatan sahaja.

Awal-awal lagi jam 7.30 am, semua peserta teater dari KEMAS 1 Melayu dan KEMAS Markas Medan telah berkumpul di kuarters. Ikut plan asal, di 1 Melayu tapi 1 Melayu ditutup sebab ada raptai berkawad sempena apa ntah dan bas tidak dibenarkan masuk. Jadinya, berkumpullah di Jalan Labuan bersebelahan dengan KEMAS Markas Medan.Kami yang ibu bapa nih follow ajer dari belakang bas menuju ke Dewan Serbaguna Alam Damai.


atas stage hijau TV2

Sesampai sahaja, para peserta telah diuruskan oleh guru-guru dan kami sekeluarga cari port sarapan di dalam dewan. Sementara nak tunggu majlis dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Tun Razak, kitaorang legar-legar sambil melawat booths specially from RTM.

Sebelum perasmian, semua para peserta melakukan sedikit senaman ringan dan chicken dance.huhuhuhuhu
acara dimulakan dengan senaman ringan
Sara nih ada jer nak interframe..leh berdiri atas stage..iskkkkkkk

time perasmian


Persembahan dimulakan jam 10 pagi. Tadika KEMAS 1 Melayu merupakan persembahan teater yang pertama yang bertajuk Sayangi Sungai Kita (yer kut.....). Syasya jadik ikan...huhuhuhu..Ala -ala...lagu bangau oh bangau....


ikan oh ikan......
Persembahan pagi hanya 5 buah sekolah sahaja akan mempersembahkan. Dan akan disambung pada 5 buah sekolah lagi pada sebelah petangnya.
dari Tadika KEMAS Markas Medan


another Tadika KEMAS

Another tadika KEMAS

another Tadika KEMAS
persembahan selingan dari SRK mane ntah..dah lupa..hehehehhe
Persembahan teater nih diselang seli dengan kemunculan OSOM!!!! Product from TV2. So cute and funny osom-osom nih...hehehehe..pengacara pun not bad. Diselang seli dengan permainan kanak-kanak. Budak-budak seronokla..yelah dapat hadiah kan.

bersama salah sorang OSOM....
bersama pengacara OSOM
Habis dalam dekat tengah hari la juga. So aku sekeluarga ambil kesempatan round di booths dan playing some games.
di Sudut Si Comel....

happy family..Syasya takde time nih....peserta dikawal ketat oleh cikgu...hehehehe

Hamizan, si comel!!!

pertandingan OSOM! Sara dapat hadiah no 2. OKlah ada tee shirt, stationeries....etc

chicken dance again b4 we play another game!
Kitaorang sempat balik ke rumah kejap. Untuk solat Zuhur dan budak-budak pakat mandi. Panas wooo...Sebab tuh Sara dan  Hamizan berbaju lain.hehehehehe...

Detik yang ditunggu tiba. Aku tak tengok plak lagi 5 persembahan sebelah petangnya sebab sibuk melayan Sara nak join outdoor games yang dianjurkan oleh pihak RTM. Seperti dijangka, adik Siti from Markas Medan sebagai pelakon terbaik antara 150 peserta. Memang aku bajet la budak nih sebab memang sangat berbakat. (wink). Cikgu yang over menyanyi dari tadika mana ntah plak dapat Guru Terbaik. Bak kata Syasya..."Cikgu tuh tak kasik can budak-budak pegang mike"...Takpalah...kaki karok kut...heheheheheh

Selepas diumumkan sagu hati..Aku dah risau kut-kut KEMAS 1 Melayu tak dapat apa-apa sebab semua bajet KEMAS Markas Medan yang menang. Tup-tup KEMAS Markas Medan dapat saguhati. Tapi tanpa disangka KEMAS 1 Melayu JUARA!!! yeah......Opsss.....mama lak over....ngeeee ngeeeeee...



semua peserta dapat hadiah medal nih......

cikgu-cikgu KEMAS 1 Melayu

bergambar beramai-ramai

KEMAS 1 Melayu

yeah...menang!

Syasya with trofi kemenangan

Tung tang tung tang.....Dekat pukul 7 mlm baru sampai di rumah. Penat jangan katalah. I'm so sorry to my friend Enni Zaliah that can't make it to attend her wedding. So sorry!Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat Enni Zaliah.....clap...clap....

So, tunggu this Saturday for Netball match....Harap KEMAS 1 Melayu menang lagik... Syasya as well meneruskan legasi aku..huhuhuhuhuhu..Hidup GK or GD...Dah tak pandai nak shoot..heheheheheheheheehe.......

ps: entri paling panjang pernah aku tulis......................enjoy!

Thursday, July 21, 2011

Rasanya every year untuk Pesta Flora, aku mesti datang. Teringat dolu-dolu masa kecik, Pesta Flora dibuat  di sepanjang Dataran Merdeka. Yang paling aku ingat time tuh dan sangat suka menunggu bila perarakan kereta berhias tiba. Wah, macam-macam gaya dengan bunga yang sangat warna - warni dan kelihatan ada seorang dua melambai ala-ala puteri gitu.

Aku tak ingat la negeri mana atau jabatan mana, masa tuh Didie Alias and her ex-hubby (saper ntah; Redzuan kut) ada atas salah kereta berhias nih. Masa tuh aku dok berdiri tepi jalan. Guest what? Aku dapat 3 kuntum bunga ros merah...Waaaaweeeee...Seronoknya sebab aku nih peminat bunga. Time dolu-dolu..Bunga-bunga akan diberikan / dicampak kepada para pengunjung. Seronokla dapat bunga free. Nowadays, mana nak dapat bunga free lagi. Takda menda free lagi di dunia yang penuh kebendaan nih.

Untuk meneruskan legasi ayah aku yang suka membawa kami berjalan-jalan;(jauh berjalan luas pandangan bak kata ayahku..huhuhuhuhuhuhu) aku ajak familyku ke Pesta Flora yang baru diadakan pada 8-17 July. Ikutkan aku nak ajak pada 9 July, tapi aiseh.....Takleh kuar rumah sebab proses pemBERSIHan sedang dilakukan. Hakikatnya, 9 July juga aku ada kelas...huhuhuhu. So, untuk menunaikan hajat, kami sekeluarga pergi pada hari terakhir. As usual, panas yang amat sebab kebetulan hari sebelumnya hujan lebat.

bab posing memang suka....


praktikkan apa yang dibelajar.....pesta bunga..pakai pun mesti ada bunga

dalam rumah sejuk....cool skit


disebabkan panas sangat cuaca, Hamizan buka baju sambil makan ais krim.....
And tak lupa, pictures of flowers.....Enjoy!

my fav was orchid!!!!!!!!!

 Bila pi hari terakhir, bunga-bunga agak layu jugakla. Ditambah pula cuaca yang sangat panas.

Wednesday, July 20, 2011

Felt T-Shirt

Finally, habis juga 4 kelas kraftangan felt yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Kuala Langat.Kali ini belajar macam mana nak attachkan felt ke atas t-shirt. All items were provided by organizer. Memang banyak  syiok la......


pilih perkataan cute
 Kali ini cikgu Tini yang mengajar. So, cikgu dah bagi tahu siap-siap pilih 4 sahaja perkataan bagi menjimatkan masa.Memula nak letak nama aku jer; KIN tapi ehmmm...letak perkataan cute lah. Sebab rasa cute time tuh.hehehehehehehehehe

Apala yang dikatakan tuh......
 Masa nak attachkan keratan felt nih ke baju, memang ada sedikit kesusahan la. Lagi besar baju, lagi payah nak kontrol. So, with the brilliant idea..aku letak di penjuru baju sahaja. Yelah, aku kan pakai tudung...Nak letak tengah-tengah nanti tak nampak.....Kalo terbawah skit, nanti tak sajak lak.

Nak attachkan pada baju
Tada...!!!!!! Siap sudah. Ok, boleh dipakai. Yang penting, teknik dah belajar dan Insya Allah dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan semasa aku menjahit.(^_^)

Rerama nih 2 kali aku wat..Sbb tak puas hati...huhuhu

Monday, July 18, 2011

Rambutan Oh Rambutan

Sekarang nih musim buah agaknya.Sana sini asyik -asyik Musang King. Sedap bebeno ker? Yang aku tahu, durian tembaga ajelah..hehehehehe..Ada rasa masam skit, manis skit, lemak skit, pahit skit....baru layansss.....

Semalam, entah macam mana teringin sangat-sangat nak makan rambutan kuning. Ala, yang bulat-bulat warna kuning tuh. Cewah...macam mengidam plak. Nak tak nak, Yus pun pulun mencari. Balik jer....Aku pun tak sabo-sabo nih...Dia kata kuning takda, merah jer. Dalam hati...oklah....Janji dapat makan rambutan.

Tapi dia sambung, "I ada pilih warna kuning sekali untuk you".... Aku pun macam, oklah...

Belek punya belek..ehmmm ..Alahai suamiku...Itu bukan rambutan kuning maaaaa.... Itu rambutan belum masak lagi la....Baru hijau kekuningan ke merah.....Hahahahahahahhaha...Memang kene gelak sakan la dari aku. Mesti penjual tuh pelik laki aku dok pilih-pilih rambutan yang belum masak lagi kan? Lawak sungguh...

Anyway, memang rezeki aku kut nak makan rambutan kuning nih. Pagi tadi, budak opisku bawa rambutan kuning. Yahoooooooooooooooo......Pulun makan...Terima kasih yea.....Tercapai jugak hajat.

yum..yum.....


Tuesday, July 12, 2011

Minggu yang sibuk

Sepanjang minggu lepas adalah antara minggu yang sangat sibuk buatku. Baik di pejabat mahupun di rumah. Minggu lepas sibuk wat report untuk apraisal.hehehehehe....Moga-moga rezeki dipermurahkan, amin.Sibuk di rumah macam biasa la, bila ada anak-anak kecik. Kadang - kadang bila dah mengemas specially dah mop lantai, Hamizan dengan selambanya tumpahkan air di lantai. grrrrrrrrrrr.....Geram betul.

But, yang happynya, aku dapat menyudahkan orders dan pending-pending orders aku. Nih antaranya....

monsters
little cute monsters!!!!!!
So, these little cute monsters are for my beloved sis and bro. Anggap jer advanced birthday gift yea from akak. ^_^......
with the owner.....


cute
Sara pun nak macam mak teh punyer......

cute monsters
besornya monsters nih mama...

Dan tidak ketinggalan order from my kazen; Fhata for her brother in law. This is wedding badge. Harap pihak keluarga pengantin sangat suka akan ia.Sangat mengambil masa yang agak lama ketika nak buat wording with the groom! sebab Fhata order 15 keping. And fyi, design ini adalah kehendak pengantin lelaki sendiri. Patik menurut perintah sahaja. hehehehehehehehe.

wedding felt
tema hijau

felt,badge 
bunga pepel nih untuk Anya!



Apa-apa pun, terima kasih kerana menyokong Senget Handmade!!!!!!!!! *wink*

Monday, July 4, 2011

Key Chain Felt

Finally last Saturday, kelas ke -3 diadakan selepas beberapa kali ditunda atas sebab-sebab penganjur tidak dapat elakkan. Macam-macam dugaan sebab tempat biasa kitaorang belajar dah dikunci. (pengajur takde kunci). So kene pindah ke tingkat lain. Tup-tup black out lak....Aku hanya berharap pada lampu emergency ajelah.

Tunggang langgang aku gunting. Dah la mata nih tak seberapa nampak. Cahaya pula ala-ala romantik gitu.Namun, alhamdulillah, bekalan eletrik kembali dan sudah terang benderang. barulah aku nampak siapakah guruku pada kali nih.

Owh rupanya cikgu ku ini very humble, kecik molek..kiut miut pemilik  SekociNorlie. Selama nih aku browse aje blogspot cikgu and tak sangka akhirnya dapat jua bertemu mata.

Ini antara karya key chain ku yang tidak seberapa ini.
ade lembu....

donut ada...naga pun ada....
 As usual, key chains nih anak-anakku la yang rembat specially si Sara. Cuma giraffe sahaja tak sempat nak abiskan sebab sibuk 'shopping'.hehehehehehe...


tengah kusyuk.....

antara barangan jualan untuk dirembat....
Sebelum  kelas berakhir, kami sempat mengambil gambo beramai-ramai bersama cikgu Norlie. Terima kasih!

Cikgu Norlie memakai tudung warna merah.
So, lepas ni can't wait for last course iaitu from cikgu Tini untuk wat t-shirt next week on 9 July 2011. See you guys next week!

~IKLAN JAP~



Sara yang happy dapat key chains daripada mamanya yang baik hati...huhuuhhuhuhuhuuhuhuhh............