Cuti Sekolah...

By kin - June 07, 2011

Teringat masa dolu-dolu, paling best cuti sekolah aku mesti balik kampung kat Melaka. Maklumlah masa kecil dahulu, nenek dan arwah datukku serta makcik-makcikku yang menjagaku lantaran kerjaya parents ku yang sokmo out station jer.

Kenangan cuti sekolah paling best bergayut kat pokok rambutan. Yeaaa.....Rambutan budak sekolah @ yang berwarna kuning memang kesukaan aku. Kadang - kadang pakai galah yang ada gunting di hujung tuh...Tapi nak senang, aku panjat jer pokok rambutan tuh yang penuh dengan kerengga. Aku akan makan dulu atas pokok sementara adik-adikku dan sepupu-sepupuku menunggu hasil kutipan aku di bawah. hehehehe...Pernah jugaklah bibirku bengkak sebab kene gigit dengan kerengga..Cessss...Nyaris wa jatuh pokok tau!

Tapi itu dulu...Zaman anak-anakku pula berbeza. Nak balik kampung pun, rumah parents ku bukan macam kampung. So aku penuhkanlah aktiviti mereka nih dengan aktiviti mewarna. huhuhu....1 Jun 2011 lepas, aku menghantar mereka pergi kursus mewarna sempena cuti sekolah. Tempat? Macam biasalah..di Kolej Komuniti Shah Alam.

Hasil dari kelas mewarna..

Syasya mengajar Sara

hye.......

Chicken Dance 

Ada la menda tak kene tuh...

Kan betul.......dah kene marah dengan kakak
Aktiviti yang lain-lain untuk anak-anakku rutin biasalah di rumah. Ingat nak berjalan-jalan hirup angin tapi apakan daya, suamiku berkursus sehingga raya. Sabar ajelah yea anak-anakku.




  • Share:

You Might Also Like

0 comments