Agar-agar Kering aka dried jellies.

By kin - June 17, 2011

Salam All,

Kali ni aku nak share satu resepi yang biasa-biasa tapi simple dan take quite long time untuk menikmati hasilnya.Sebenarnya aku teringin nak makan agar-agar kering nih. Ada orang panggil agar-agar liat...Tapi panggil agar-agar kering jer.Dolu-dolu time raya di Muar, aku mesti cari agar-agar kering nih after makan kuih batang buruk. Sekarang payah bebeno nak cari agar-agar kering nih, so thats why I decided to make by myself. (wink)

Bahan-bahan yang diperlukan:

60 mg agar-agar bertali
1300ml air
1000gm gula pasir
150gm gula batu
Pewarna
Perisa (optional)


Cara-caranya:

  1. Basuh dan rendam agar-agar sehingga lembut, bilas dan toskan.
  2. Masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar menjadi hancur.
  3. Masukkan air ke dalam periuk bersama gula pasir dan gula batu *.
  4. Kacau sehingga semuanya sebati.
  5. Angkat dan asingkan mengikut warna& perisa yang disukai.
  6. Sejukkan agar-agar dan biarkan ianya keras sebelum dipotong.
  7. Potong ikut pilihan atau masukkan sahaja di dalam acuan (mouds) untuk mendapatkan bentuk-bentuk yang menarik.
  8. Jemur di tempat yang panas sehingga kering dan bergula.
  9. Balik-balikkan supaya agar-agar dapat mengering dengan sekata.
* tips:
  •  Hancurkan dahulu gula batu dengan mengetuk terlebih dahulu. Atau lebih mudah beli sahaja gula batu yang kecil-kecil.
  • Jangan potong terlalu kecil kerana agar-agar kering ini akan mengecut sedikit daripada saiz asalnya. 
  • Sila awasi cik cik semut. Cepat benar deria baunya.hehehehehe


Kredit to Pn Daria kerana sudi mengsharekan resepinya. Maaf sebab saya kurangkan sedikit kandungan gulanya.

Ehmmmmm....Memang sedap untuk dimakan. Boleh jadi aku nyer salah satu kuih raya.hehehehehe



  • Share:

You Might Also Like

0 comments