7th Anniversary.....

By kin - June 28, 2011

Tanggal 25 Jun 2011, genap usia perkahwinan kami yang ke 7. Walaupun pada mulanya perkenalan kami sesingkat, namun dah jodoh. 3 bulan selepas kami kenal, kami memutuskan untuk berkahwin. Bagi aku, perkahwinan nih umpama kalau untung sabut, timbul...Untung batu, tenggelam. Ramai la macam tertanya-tanya dengan perkenalan singkat, boleh ker menjamin kebahagiaan. Macam orang kata, kenai pun tak sangat, terus nak kawen..Jawapan aku senang ajer...aku bagi perumpamaan untung sabut, timbul...untung batu, tenggelam.heheheehe

Kalau kenal lama-lama pun, bertahun-tahun pun....Asyik bertengkar takda persefahaman pun tak guna.Jadi perkahwinan aku nih atas dasar kahwin dulu baru bercinta. Ambil masa setahun jugak la selepas berkahwin nak kenali hati budi dia. Alhamdulillah, pilihanku dan pilihan dia terhadap aku, sama padan dan tepat. Dan yang penting saling melengkapi  antara satu sama lain. Cewah..

So, kami memang tak plan la nak ke mana-mana nak sambut special day nih.Lantaran Yus berkursus tak abis lagi. Tapi dia balik sekejap. Kami pulun pi Wet World Water Park Shah Alam.

wet world shah alam

Best jugak ke sini. Bagi aku kira murah da berbaloi la jika dibandingkan pi ke Desa Water Park yang agak mahal dan ntah apa-apa. Aku lak yang over main slide duduk. Yang kelakarnya, aku la jatuh macam nangka busuk. Berat sangat aku nih. Tengok Syasya dan Sara, rileks jer.....Takde pun sampai tenggelam-tenggelam macam aku.hahhahahhaha...


Hampir 3 jam pulun mandi, suami ajak balik. "Kita berjalan tempat lain pulak" katanya. Sebelah Wet World nih ada kedai akuarium. Ehm....kita cuci-cuci mata tengok ikan. Eiii geram-geram tengok ikan mas dan ikan guppy nih (my fav).



kalo tak posing..tak sah anak dara nih

Hamizan terkejut tengok ikan beso

Ikan nih makan org tau!

Sara sudah bad mood
Penat-penat berjalan, cari kedai makan kat area Shah Alam nih. Disebabkan tak seberapa familiar dengan area nih....Hampir satu jam masuk keluar kedai...Akhirnya makan kat food court Tesco Shah Alam ajer. Sabo ajelah....

makan time!
Kami berharap perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang ini akan dirahmati dan diberkati Allah sehingga akhir hayat.Syukur kerana dipertemukan dengan sesorang yang sangat-sangat memahami dan rajin menolongku membuat kerja rumah.kekekekekekeke.....Love you so much!













 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments