Tuesday, June 28, 2011

7th Anniversary.....

Tanggal 25 Jun 2011, genap usia perkahwinan kami yang ke 7. Walaupun pada mulanya perkenalan kami sesingkat, namun dah jodoh. 3 bulan selepas kami kenal, kami memutuskan untuk berkahwin. Bagi aku, perkahwinan nih umpama kalau untung sabut, timbul...Untung batu, tenggelam. Ramai la macam tertanya-tanya dengan perkenalan singkat, boleh ker menjamin kebahagiaan. Macam orang kata, kenai pun tak sangat, terus nak kawen..Jawapan aku senang ajer...aku bagi perumpamaan untung sabut, timbul...untung batu, tenggelam.heheheehe

Kalau kenal lama-lama pun, bertahun-tahun pun....Asyik bertengkar takda persefahaman pun tak guna.Jadi perkahwinan aku nih atas dasar kahwin dulu baru bercinta. Ambil masa setahun jugak la selepas berkahwin nak kenali hati budi dia. Alhamdulillah, pilihanku dan pilihan dia terhadap aku, sama padan dan tepat. Dan yang penting saling melengkapi  antara satu sama lain. Cewah..

So, kami memang tak plan la nak ke mana-mana nak sambut special day nih.Lantaran Yus berkursus tak abis lagi. Tapi dia balik sekejap. Kami pulun pi Wet World Water Park Shah Alam.

wet world shah alam

Best jugak ke sini. Bagi aku kira murah da berbaloi la jika dibandingkan pi ke Desa Water Park yang agak mahal dan ntah apa-apa. Aku lak yang over main slide duduk. Yang kelakarnya, aku la jatuh macam nangka busuk. Berat sangat aku nih. Tengok Syasya dan Sara, rileks jer.....Takde pun sampai tenggelam-tenggelam macam aku.hahhahahhaha...


Hampir 3 jam pulun mandi, suami ajak balik. "Kita berjalan tempat lain pulak" katanya. Sebelah Wet World nih ada kedai akuarium. Ehm....kita cuci-cuci mata tengok ikan. Eiii geram-geram tengok ikan mas dan ikan guppy nih (my fav).



kalo tak posing..tak sah anak dara nih

Hamizan terkejut tengok ikan beso

Ikan nih makan org tau!

Sara sudah bad mood
Penat-penat berjalan, cari kedai makan kat area Shah Alam nih. Disebabkan tak seberapa familiar dengan area nih....Hampir satu jam masuk keluar kedai...Akhirnya makan kat food court Tesco Shah Alam ajer. Sabo ajelah....

makan time!
Kami berharap perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang ini akan dirahmati dan diberkati Allah sehingga akhir hayat.Syukur kerana dipertemukan dengan sesorang yang sangat-sangat memahami dan rajin menolongku membuat kerja rumah.kekekekekekeke.....Love you so much!













 

Tuesday, June 21, 2011

Happy Father's Day

Salam,

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa terutamanya ayah kepada anak-anakku; semoga menjadi model insan yang terbaik untuk anak-anak. Tak lupa jua kepada ayahku dan papa (father in law). Terima Kasih diucapkan.

hubby with kids. 
Tak lupa juga, order daripada kawanku;Aneem sempena Father's Day ni. Harap empunya badan rasa berbesar hati menerima felt frames yang tak seberapa ini.

felt frame
felt frame for her dad

father's day
this is for Kam  (wink)
Semoga sambutan hari bapa ini membawa 10001 erti kasih sayang kepada anak-anak dan kepada kawan-kawanku yang sudah / baru kehilangan ayah/suami(ayah kepada anak-anak)....Allah lagi sayangkan mereka.

Anyway, Selamat Hari Bapa!





Friday, June 17, 2011

Agar-agar Kering aka dried jellies.

Salam All,

Kali ni aku nak share satu resepi yang biasa-biasa tapi simple dan take quite long time untuk menikmati hasilnya.Sebenarnya aku teringin nak makan agar-agar kering nih. Ada orang panggil agar-agar liat...Tapi panggil agar-agar kering jer.Dolu-dolu time raya di Muar, aku mesti cari agar-agar kering nih after makan kuih batang buruk. Sekarang payah bebeno nak cari agar-agar kering nih, so thats why I decided to make by myself. (wink)

Bahan-bahan yang diperlukan:

60 mg agar-agar bertali
1300ml air
1000gm gula pasir
150gm gula batu
Pewarna
Perisa (optional)


Cara-caranya:

  1. Basuh dan rendam agar-agar sehingga lembut, bilas dan toskan.
  2. Masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar menjadi hancur.
  3. Masukkan air ke dalam periuk bersama gula pasir dan gula batu *.
  4. Kacau sehingga semuanya sebati.
  5. Angkat dan asingkan mengikut warna& perisa yang disukai.
  6. Sejukkan agar-agar dan biarkan ianya keras sebelum dipotong.
  7. Potong ikut pilihan atau masukkan sahaja di dalam acuan (mouds) untuk mendapatkan bentuk-bentuk yang menarik.
  8. Jemur di tempat yang panas sehingga kering dan bergula.
  9. Balik-balikkan supaya agar-agar dapat mengering dengan sekata.
* tips:
  •  Hancurkan dahulu gula batu dengan mengetuk terlebih dahulu. Atau lebih mudah beli sahaja gula batu yang kecil-kecil.
  • Jangan potong terlalu kecil kerana agar-agar kering ini akan mengecut sedikit daripada saiz asalnya. 
  • Sila awasi cik cik semut. Cepat benar deria baunya.hehehehehe


Kredit to Pn Daria kerana sudi mengsharekan resepinya. Maaf sebab saya kurangkan sedikit kandungan gulanya.

Ehmmmmm....Memang sedap untuk dimakan. Boleh jadi aku nyer salah satu kuih raya.hehehehehe



Monday, June 13, 2011

Wedding ...

Salam all.. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan pasangan mempelai pengantin baru buat Cik Puan Nora kita yang melangsungkan perkahwinannya pada 29 Mei 2011 dengan jejaka idaman hati En Joe.

Jari siapa pula nih?
Sebenarnya tak tahu nak bagi hadiah handmade apa. Harap pengantin sudi terima hadiah yang tidak seberapa nih. Bantal nih untuk suka - suki baring-baring sambil tengok tv. Orang panggil pillow neck.hehehehehe...Amik tutorial kat internet. Kejap jer siap..2 Bantal tuh setengah jam. Memang betul la dalam tutorial tuh bagitau, dari potong hingga jahit = setengah jam.

pillow neck

Berkumpul ambil gambar before pengantin lelaki sampai.


Selamat Pengantin Baru!





 Semoga bahagia di dunia dan di akhirat. Amin.


Tuesday, June 7, 2011

Cuti Sekolah...

Teringat masa dolu-dolu, paling best cuti sekolah aku mesti balik kampung kat Melaka. Maklumlah masa kecil dahulu, nenek dan arwah datukku serta makcik-makcikku yang menjagaku lantaran kerjaya parents ku yang sokmo out station jer.

Kenangan cuti sekolah paling best bergayut kat pokok rambutan. Yeaaa.....Rambutan budak sekolah @ yang berwarna kuning memang kesukaan aku. Kadang - kadang pakai galah yang ada gunting di hujung tuh...Tapi nak senang, aku panjat jer pokok rambutan tuh yang penuh dengan kerengga. Aku akan makan dulu atas pokok sementara adik-adikku dan sepupu-sepupuku menunggu hasil kutipan aku di bawah. hehehehe...Pernah jugaklah bibirku bengkak sebab kene gigit dengan kerengga..Cessss...Nyaris wa jatuh pokok tau!

Tapi itu dulu...Zaman anak-anakku pula berbeza. Nak balik kampung pun, rumah parents ku bukan macam kampung. So aku penuhkanlah aktiviti mereka nih dengan aktiviti mewarna. huhuhu....1 Jun 2011 lepas, aku menghantar mereka pergi kursus mewarna sempena cuti sekolah. Tempat? Macam biasalah..di Kolej Komuniti Shah Alam.

Hasil dari kelas mewarna..

Syasya mengajar Sara

hye.......

Chicken Dance 

Ada la menda tak kene tuh...

Kan betul.......dah kene marah dengan kakak
Aktiviti yang lain-lain untuk anak-anakku rutin biasalah di rumah. Ingat nak berjalan-jalan hirup angin tapi apakan daya, suamiku berkursus sehingga raya. Sabar ajelah yea anak-anakku.




Thursday, June 2, 2011

Backdated Stories - Babies oh Babies....

Ini satu lagi kisah backdated stories....Kisah kali nih, kisah aku dan baby. Ehmm.....Sebenarnya nak ucapkan tahniah la kepada kawan-kawanku yang baru ajer mendapat baby; specially to Ana, Adik - Hidayati (adik kepada Norida) dan Linda ( Hospital Serdang's staff).

Babies yang sangat kiut miut.

diaper cake
Diapers Cake

me and frens

Linda's baby....so cute...
Then hujung minggu nyer plak, pi Sg Long. Nak tengok baby adik. Maaflah dik, pix baby tak sempat nak amik. Hamizan dah panjat saner sini..Bikin malu jer..hhehehehehe...Yang pink tuh adik amikla..Sebab adik dapat baby gal. And the blue one tuh, untuk kak Ida (Norida). Hope you guys love it.


Little cute monsters
Little cute monsters
Baby Ahmad Firas nih, aku baru tahu pada 3 hari warded kat NICU, Hospital Serdang. Disebabkan aku staf, so tak jadik masalah la nak menjenguk sekejap baby Firas. And Alhamdulillah ....selamat sudah setelah hampir seminggu di NICU......

baby Ahmad Firas

nursing pillow
Nursing Pillow
Nursing pillow nih aku wat khas untuk Ana. Aku tengok terkial-kial Ana nak bagi baby nih breastfeed. Yelah, aku paham sebab aku pun penah alaminya. Sakit woooo memula nak menyusukan anak selepas c-sect. Tapi takpe, redha ajelah demi anak-anak.






Backdated Stories - Happy Teacher Day....!

Sambutan hari guru sudah lama berlalu. Aku sebenarnya quite bz sampai terlupa nak wish saper-saper specially my aunties, uncle, my teachers and lovely frenz yang jadi cikgu nih..huhuhuhu..so sorry.

Nak dijadikan cerita, hujung minggu tuh Syasya tanya kat aku;

"Syasya nak bagi hadiah pada cikgu-cikgu "

Aku terdiam. Oppsss...Lupa ..haaa masa nih la baru teringat tentang hari guru nih...Niat dihati memang nak bagi something tapi asyik busy ajer. So, hujung minggu tuh..aku dan Syasya mempulun membuat brooch yang tak seberapa nih. Maklumlah semua cikgu-cikgu dia perempuan. So, senang sikit nak pilih hadiah apa.



Syasya busy menulis ucapan 

Sara dan Hamizan pun nak join jugak

Ada 5 orang cikgu
Harapnya, cikgu-cikgu Syasya suka akan hadiah yang tidak seberapa nih.

flower felt brooch
Flower Brooch

Lastly, Selamat Hari Guru!!!!



Backdated stories - Felt again

Lama jugak tak update blog nih. Sangat-sangat sibuk dan penat. Maklumlah suamiku sudah pergi menjalani kursus sampai bulan Ogos. huhuhu...Mane tak penatnya,..Sebelum-sebelum nih suami banyak sangat membantu biler di rumah. Sekarang mau kelam kelibut dibuatnya.


Last 2 weeks ago, aku pi Kursus Hairclip edisi kedua.


semua orang tekun......


tada......
Balik je rumah..terus cari maner laaa aku letak semua koleksi-koleksi hairclip aku. Terus aku sangkut macam kat bawah nih...Look nice..More organize skitla.....

maklumlah..ade 2 orang puteri

close up skit...
Now, aku tak sabo nak tunggu kursus edisi ke tiga yang akan diadakan pada 19 June 2011 nanti.  ^_^