Wednesday, April 27, 2011

Another request....

Sebenornya..sepanjang bulan nih....Aku agak sibuk menjait tempahan plushies. Terima kasih kawan-kawan kerana memberikan galakan dan sokongan kepada aku yang tak seberapa nih...huhuhuhuu...*wink*

So, ini adalah antara hasil sudah pun menjadi milik empunya tuan badan yang mengrequest.
3 order sekaligus...

for Syifa Layla

Lamernya tak wat kitun! Version diupgradekan. ;)

Yang ini lak diorder pada minggu yang sama selang beberapa hari. Terima Kasih diucapkan...

as baby gift

Another waiting list from Kojek. Projek Unta dari padang pasir lak.....huhuhuhuhu......

Lain-lain yang aku wat time buhsan-buhsan nih...Aku wat Diapers Cluth. Ehh..Aper tuh? Ala, beg untuk bawa  diapers anak tapi design ala-ala beg cluth supaya nampak elegen..huhuhuhu...POYO.

Bunga zip pusing.

khas untuk Angah..Congrats for ur new baby!
Yang nih lak....ahhahaha..lawak la..Aku sajer-sajer try wat. Untuk handphone aku.huhuhu....

Bunga yang cun
Bunga nih ditempah dan dibuat oleh kawanku; Siti Junaidah atau nama glamer June. Tengs a lot!!! Aku kompem tangan keras nak krocet nih...Tali air pun setengah jam pun tak sampai 5 cm..hahahaha..Buruk tul...Pastu ada hati nak pakai yang dua jarum tuh...huhuhuhuh




Gigihnya Aku......Huhuhuhu

Sebenarnya request otomen by my buddy Nyzal, lame bebeno direquest dan aku sampai la posting nih ditulis masih tak mengendahkan. (Sowiiiiiii). Bukan apa, memula pindah, kain entah ke mana aku letak. Lepas dah jumpa plak, aper erkkk alasan aku? huhuhuhu. Aku dapat penyakit M. Sorry again Nyzal!

Tapi entah mengapa, ade sorang kawan opisku request otomen, aku cuba menjayakan nyer.Oh yea...sebenar-benar aku kemalasan / kekeringan idea adalah time aku nak wat kepala otomen nih haaaa..itulah sebenar-benarnya.

Badan otomen nih sekejap jer aku wat..Tak sampai setengah jam. Tapi biler tiba part kepala..Aduh! Macam mana nih? Tanduk lagi... So aku try n error ajelah. First trial...Aduhai salah jahit 'tanduknya' So, aku bukak balik jahitan. Biler dah siap... Alamak! Kepala very-very small la plak....Bukak balik jahitan.

Pendek cerita, hampir cubaan ke - 4 baru menjadik. Tapi ehmm...dunno...ok kut? Hampir 2 minggu aku nak siapkan kepala otomen nih ( otomen nih jenis degil kut??? hahahahhahaha) Amik feel ( sampai 2 minggu lak tuh).........

Terbaring di atas meja yg semak

waccaaaaaa
Oklah, after nih....Aku nak tunaikan janji-janji manisku kepada Nyzal....huhuhuhu...Just wait yea.....? hehehheehhehehe.....



Friday, April 22, 2011

Pokok Berbunga

Ehmm...Aku sebenarnya nak share satu petua yang baru-baru nih aku try. Main try aje sebab dah macam-macam aku wat kat pokok aku nih. Pokok nih mama ( mother in law) bagi kat aku  6 tahun lepas sebagai selusuh masa aku tengah nak bersalinkan si Syasya nih. Daun tuh kita makan untuk dibuat selusuh. Pelik kan? Biasanya selusuh nih dibuat daripada air atau minyak kelapa. Tapi mama aku bagi daun pokok nih plak.Telan ajelah..Pahit ..memang sakit pahit tapi leh alihkan perhatian aku daripada sakit contraction kepada kepahitan daun nih.

Ok, lepas bersalin..aku amiklah lebihan daun nih ( pokok nih dari keluarga bebawang) untuk ditanam. Manelah tahu akan datang, aku telan jugak daun nih untuk dibuat selusuh lagi (fikir aku la time tuh). Memang menjadik la aku tanam sebab pokok nih mama aku bawa dari Sabah dan dilipat dalam surat khabar dan diletakkan dalam peti sejuk. Lepas kelaur dari hospital, baru aku tanam. Kira tough jugak la pokok nih...

Sebulan lepas aku tanam, barulah aku nampak bunga pokok nih. So sweet sebab warna pink. Tak silap aku, bunga pokok nih ade dua kaler; satu pink dan satu putih.

Selepas itu, sekali ajer berbunga.Ehmm...Then aku surfing-surfing cari petua untuk bagi pokok berbunga sebab macam-macam baja dah aku baja. Still tak berbunga dalam tempoh itu.

 Aku cuba petua nih; masa kupaskan bawang merah, kulitnya jangan dibuang. Rendam dalam bekas berair semalaman dan siram pokok untuk berbunga. 

Aku tak tahu nama pokok nih
So, aku pun cubalah untuk seminggu. Dan hasilnya pada suatu pagi masa aku nak menyidai baju, aku terperasan pokokku itu hampir 6 tahun  tidak berbunga, sudah berbunga! Wah..happy nya...*wink*

Pokok nih sebenarnya banyak didapati di landskap-landskap taman. Ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna pink. Kira petua yang aku cuba itu, memang menjadik la. So, tak perlu baja itu..baja ini. Poyo jer.....

Kalo ade petua dan tips yang menjadik...Aku tepek lagi. Sekarang aku tengah mencuba satu petua nih. Kalo menjadik jugak..Yahuuu...Kalo tak, diamkan sajer. Huhuhuhu...........

Friday, April 15, 2011

Berhentilaah menjadi TARZAN oppppsss bini tarzan di rumah....

pix from google image

Siapa yang tak pernah tengok citer Tarzan nih? Macam-macam versi pun ada. Sewaktu kecil, cerita Tarzan nih hanya berkisar tentang kehidupannya bersama-sama rakan haiwannya di hutan, tetapi lain pulak kisah Tarzan zaman moden kali nih.

Oklah, siapa yang tak pernah menjadi Tarzan di rumah??Opps...bini Tarzan... Kali nih, tiada rakan - rakan haiwan di hutan sebaliknya anak-anak comel di rumah! hehehehe...Oklah, aku admit...me also sometimes..always be bini tarzan...Bikin malu sahaja pada jiran-jiran bila terjerit-jerit....Anak-anak pulak wat derkkk...Aduh, sampai nak terkeluar biji tekak nih menjerit...Eh..budak-budak nih masih buat tak tahu? Eiii..geramnya...

Kalo ikut psycology, it doesn't worth kita nak yelling pada anak-anak...Sebenarnya, betul..dan sangat betul. Semuanya terpulang kepada ibu bapa sendiri untuk membentuk anak-anak. Cakap memang senang..Tapi macam maner nak hilangkan jeritan tarzan di rumah?

pix from google image



Sebenarnya, biler dok terjerit-jerit macam bini Tarzan nih...Secara tak langsung akan membentuk satu peribadi yang tak berapa molek untuk anak-anak kita. Teknik yang aku guanakan cumer satu ajer. Mudah dan insya allah berkesan jugakla. Sebelum rasa-rasa nak bertukar menjadi bini Tarzan nih...tarik nafas panjang-panjang. Tenangkan diri. Kalo takleh jugak..Pi ler ke tempat lain..Contoh; kita tengok anak-anak syok-syok sepahkan barang lepas kita mengemas di ruang tamu. Masa tuh dah nak rasa nak jer menjerit. Tapi aku just pi ke bilik tidur aku untuk tenangkan diri.

Sebab budak-budak nih, kalo kita jerit kuat macam mana pun, depa wat derkkkk jer..Buat buang air liur jer. hehehehehehe....Biler kiat cakap elok-elok..haaa..leh lak ikut...

Oklah, itu jer. Sajer nak kongsi... "Stop Yelling at me, mum!"


Thursday, April 14, 2011

KASIH DAN SAYANG ...



Aku cuma ada seorang adik [ lelaki ]. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang
menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket
seluar ayah tanpa pengetahuan ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar
melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baiklah, kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua
belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan rotan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran
belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Di  mana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian ke wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," tegas ayah. Aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk mendapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda
sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada
saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya, Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


Kisah nih aku dapat daripada emel...Walaupun dah byk kali aku baca, rasa sebak masih sama.....