Friday, March 11, 2011

Just Me and the Marshmallows

marshmallow....yummy


Marshmallow..? ehmm apa tuh? Nampak menarik..Gebu dan manis...That's why last week aku nak try buat sendiri. Dan ini adalah resepi yang aku cuba.Disebabkan marshmallow nih manis yelah..namanya pun gula... Hampir kesemua bahan-bahannya adalah daripada gula.

Bahan yang diperlukan ialah :

  • 2 cawan gula
  • 1 sudu besar liquid glucose/corn syrup
  • 30 gm serbuk gelatin
  • 3/4 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji putih telur
  • pewarna 
  • minyak masak (untuk gris loyang)
  • *3/4 cawan air - utk buat gelatin
  • *3/4 cawan air - utk buat liquid glucose


Cara - caranya adalah seperti berikut:


  1. Masukkan gula, liquid glucose dan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil. Masak dgn api sederhana sehingga gula larut dan mendidih. (Untuk adunan glucose)
  2. Sediakan 3/4 cawan air di dalam bekas tahan panas. Taburkan gelatin dan biarkan melarut selama 5 - 15 minit. Kemudian letak di dalam double boiler. Kacau sekejap  utk pastikan gelatin benar-benar larut. Masukkan esen vanilla. Tutup api dan satukan dgn adunan glucose tadi. Kemudian ketepikan. (Untuk adunan gelatin)
  3. Sementara itu, pukul putih telur sampai kembang dan muncul soft peak.
putar jangan tak putar

  1. Masukkan adunan gelatin+glucose dan beberapa titis pewarna (warna ikut suka) tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 12-15 minit (sampai adunan menjadi tebal dan gebu).
  2. Masukkan aduan ke dalam loyang. Biarkan ianya mengeras. (paling cepat 2jam ataupun semalaman).
  3. Potong ikut citarasa samada potong segiempat sama ataupun menggunakan acuan. Pastikan setiap kali memotong, basahkan dengan air. Atau sapukan pisau dengan minyak.
  4. Salutkan marshmallow ini dengan tepung jagung dan gula icing ( yang telah diayak) dan dibiarkan betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
  5. Boleh disimpan hampir 2 minggu.
Sadisnya, marshmallowku tak menjadik! Huwa...dah ikut betul-betul ni..sampai 2 kali aku mencuba tau!
Kenapa lah aku dapat begini? (lihat gambar di bawah..)

macam jeli pun ade jugak nih...
So, siapa- siapa yang mencuba marshmallow nih dan menjadik, silalah bagitau kat aku, di manakah silapnya..huhuhuhu.....

Selamat mencuba! Oh yea, resepi nih aku cari di tenet.


2 comments:

  1. tak dpt nk tolong..tak pernah buat..suka gak benda alah ni..cuba try lagi n bandingkan resepi2 yg lain..

    ReplyDelete
  2. itula psl,org lain wat menjadik.dah btul2 follow.mebi ada terlepas pndg kut?resepi dari martha...

    ReplyDelete