Monday, January 17, 2011

Sara the Supergirl!

16 Januari 2011....tepat jam 1.10 ptg...aku terdengar bunyi debooom...diikuti dengan jeritan Syasya dan tangisan Sara. ehmm aper pulak nih, bisik hati aku...Dah ler aku tengah masak nih...sikit lagi nak makan tengahari. Disebabkan Syasya dah menjerit2 panggil aku..aku pun tinggalkan kejap masakan aku dengan memperlahankan api.

First aku nampak...darah ade di mana-mana.....Memula aku ingat lutut dia berdarah sebab Sara dalam kedudukan meletakkan dagunya di lutut.Aku pun sapulah darah tuh nak tengok teruk mana lutut dia sampai darah terpercik di atas lantai, baju berlumuran darah dan boleh dikatakan seluruh badannya juga ada tompokan darah.

Lepas aku sapu darah dilutut, aku tengok takde ape-ape. Laaa...rupanya dagu dia yg berdarah...Darah still kuar. Maklumlah org kata waktu panas terik nih darah mmg banyak keluar. Kali nih aku tak panik..Tak macam 5 bulan lepas dia kehilangan hujung jari kiri dia. Yus amikkan ubat kuning (ubat luka) dan gouze (ye kut ejaan nih?) dan aku tekap....Sementara aku bersihkan darah dia di badan dia...Yus siapkan amik aper patut dan kejutkan Hamizan. Bak kata Yus, susah2 kita ditimpa musibah...kita bawak ajer semua family ke hospital. Tak perlu susah2kan org...

Memula nak anto ke Resak jer..Tapi sbb hari minggu aku macam tak konfiden.So decided lah pi PPUKM. Hampir sejam menunggu, barulah doc tengok luka dia..ehmmm, dalam juga. Yang penting, rahang dia tak patah. Sbb luka tuh pada daging yang lembut di bawah dagu.

Begitulah nasib si supergirl yang kononnya nak terbang dari pintu grill ke pintu tapi tak kesampaian lalu terjatuh ke bawah dan terkene besi grill....erkkkk....Harap Sara dapat pengajaran...Ye ker???

Harap lepas nih serik lah..(ye ker?)


Dan hari ini, masih lagi ingin membuat aksi2 begitu lagi....dan lagi sekali aku akan jadik Jane, si bini Tarzan.....ehmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...alahai Sara..!

* tengs to Mak Teh Huda  for coming!!! We love you.....

1 comment: