Monday, July 12, 2010

Berakhirnya Piala Dunia 2010 dan beg yang comel ini.

Pagi tadi berakhir sudah Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan.Sesi mencuci mata pun berakhir sudah. Pening² kepala aku nih nak masuk keje. Nasib baiklah pagi tadi aku dapat tempat duduk di dalam Star LRT. Kebiasaannya jangan haraplah aku nak dapat tempat duduk. Penuh, pack dengan manusia ...berhimpit² tapi pagi nih seolah-olah banyak ruang kosong pulak. Ker dek penangan Piala Dunia sampai ramai yang terbangun lambat??? huhuhuhu

Torres dan Villa

Cak!!!! My dearest Mejad.

Mesti tertanya-tanya siapakah hero² nih....Ini adalah anak² kepada kawan aku; Nyzal. So cute specially Mejad. Penat mama Kin carik jersi² nih...huhuhuuh...dan tak lupa jugak, Hamizan pun dapat selai...huhuhuhu..But jersi German still no 1.

Errrkkkk...ehmm Nyzal, aku curik pix hang dlm facebook nak tepek pix hero² ko.Kasik glamer sat dalam blog aku. Takpe ker??? (ok kan?)

And before aku mengepos (suami aku yang pos that why tulisan pada parcel lain, pada resit lain)..aku memberikan satu kejutan (ayat skema) untuk kawan aku nih sempena birthday dia last month. Maaflah lambat. I hope ypu like it. Sorrylah as usual...senget the benget....hahahahaha

Ada model tolong posingkan.



Bunga leh cabut kalo takmo. 

Well Nyzal, semoga ko gumbira dengan pemberian daripada aku yang tak seberapa nih. Aku masih dalam proses pembelajaran. Maafkanlah aku sengetan yang melanda pada beg tuh. Yang paling penting, hanya ko sorang jer yang ade beg design gini.huhuhuh...(unless aku wat yang samer.hahahaha) Taklah, nama ko tuh yang penting. Unik!

Wednesday, July 7, 2010

Demam World Cup 2010 dan cerita muffin

Demam World Cup 2010

Last Friday, during lunch hour....aku curik-curik masa atau senang cakapla....gunakan masa yang sepenuhnya menyopping ke Jln Tar. Kira dah lama jugalah aku tak ke sana. Memandangkan kerja di opisku kadang-kadang aku asyik tak menyempat-nyempat nak mencusi mata ke...nak ronggeng-ronggeng ker.....

So, i found this cute little jersi.......look how nice Hamizan wear it...and i never thought that, OMG, he's becomes big now...hahahahha...aku beli size  4..ingat saiz 6 too big for him..ehhmmmmm....

Aksi-aksi Hamizan. German rocks beb!

Teringat  masa aku dok pilih-pilih jersi nih. Kebetulan pulak, ramai orang lelaki nih baru sahaja abis solat Jumaat.Dan nak dijadikan cerita plak, malam tuh Brazil akan beraksi ngan Holland. So, kompem jersi Brazil dan Holland susah nak carik sbb berebut-rebut. Then, ade sorang pakcik nih menanya pada aku. Saiz budak setahun 7 bulan patut amik saiz 4 ke saiz 6? aku dengan konfiden kata 6. Tapi biler tengak Hamizan pakai jersi saiz 4 macam sen dot dat jer...ehhhmmmmmm....Harap pakcik tuh pilih saiz 6 lah.......Kebanyakan mamat-mamat (bujang aku rasa) kat situ, amik jersi budak-budak nih sampai sorang 4 - 5 helai.....Siap kabar kat kawan sebelah, nak beri pada anak buah....Nak bergelak lak aku..iisssskkkkkk (tak sedar lak tuh, hanya aku dan Aein je perempuan di situ). So, baik blah cepat-cepat. 

Cerita Muffin
 Macam biasa, adelah sorang mamat kat opis aku nih HANTU MUFFIN. So, aku dah janji kan...aku wat la kelmarin ( 5 July 2010). Kali nih, aku wat perisa coklat lak..ehmmmmmm...bolehla.....tapi aku rasa perisa vanilla most fav la...

Cup muffin nih corak bola.

Dan, aku dibantu oleh dayang-dayangku untuk memjayakan misi muffin untul pakcik Lincoln.( tapi bukan untuk dia sorang lah, utk semua budak-budak opis aku jua). Tapi Syasya tarik diri awal sebab mengantuk. Memula, aku cadang nak wat masa semua anak-anakku tido.Misi berjaya selepas Hamizan tidur. Lepak-lepak dulu tengak citer CSI NY then Sara datang.

Sara : "Biler mama nak wat kek (muffin)?"

Aku :" Sat lagi....."

Then, aku tengok si Sara ke hulu hilir...macam tak keruan. Akhirnya, aku wat keputusan untuk buat awal. Then Syasya plak muncul dari bilik tidur and nak tolong. Oklah kalo begitu.


Sara menanti untuk makan. Yummy!

Mula nak makan.


How happy she is!


Oklah, lain kali mama akan buat muffin more sedap utk Syasya dan Sara. Hamizan masih blom boleh makan. Gigi pun baru nak tumbuh. Itupun hanya sebatang gigi bawah!



Antara brazil, Ghana dan pencil case Syasya.

Antara brazil, Ghana dan pencil case Syasya.

Demam bola sepak makin menjadi-jadi.Apatah lagi saingan suku akhir menampilkan pasukan-pasukan yang tidak terjangka akan masuk ke saingan sengit ini. Aku nih takdelah fanatic sangat dengan World Cup nih. Tapi apa salahnya kan kalo sekali sekala nak mencuci mata. Ngeh ngeh ngeh.

Cristiano Ronaldo

                                                           
 
Luis Suarez   

 
                      A. Gyan

            Kaka


So, 2 Julai lepas menyaksikan kekalahan mengejut daripada Brazil…hohohoho..siapa sangka juara 5 kali pada kali nih kalah memalukan kepada pasukan Holland yang bermain secara rileks jer…Takpelah Brazil, kasik peluang pada pasukan negara lain lak nak menjulang piala World Cup 2010.

Yang paling kesian, biler aku tengak game antara Ghana dan Uruguay. Iskkkk..naper la Ghana memilih jalan sukar lepas tendangan percuma penalti telah disia-siakan oleh Gyan. Aiyooooo...kalo tidak, mau pecah rekod team Afrika Selatan melangkah bergaya ke separuh akhir. Takpelah, cuba lagi 4 tahun....huhuhuhuhu...

Nak dijadikan citer, malam tuh aku begitu bersemangat nak menjahit pencil case for Syasya. Actually, lama hasrat nih pendam nak buat…asik bertangguh ajer…malas la…byk menda lain nak wat la. Dan inilah hasilnya...huhuhuhuhuh.....

Bahagian dalam


Bahagian luar

Well, tengok....betapa sengetnya hasil pencil case ini. Inilah bahana /  gara- gara tengok world cup sambil menjahit....So, jangan tiru pelakuan ini. hehehehehehe. Pengajaran yang aku dapat daripada hasil pencil case ini ialah:

  1. Jangan menjahit sambil menonton World Cup. ( haaa kan dah padan muka...senget benget...mata kejap nak tengok tv, kejap nak tgk mesin jahit)
  2. Don't use denim fabric...uwaaaaaa...looks nice but well...i'm still amatur...huk huk huk

Oklah, setakat ini sahaja...Jumpa lagi!